Hi all,
Sekarang ni macam kebiasaan pula kat mana2 ada aje 3D magic art ni kan..Melaka pun tak nak ketinggalan jugak.
Berikut serba sedikit info yang berguna untuk kegunaan pengunjung yang berminat untuk melawat tempat tarikan terbaru melaka ini :-)
Lokasi
Bayou Lagoon Park Resort, 75450 Kampong Bukit Katil, Melaka, Malaysia
GPS coordinate : 2.2425835,102.3057962
Waktu Lawatan dan Harga Tiket nya
Homestay ayer keroh permai tak jauh dari kawasan ni, boleh lah booking..details boleh layari homestay 1 =p
Kuih Keria Antarabangsa Melaka Limbongan (Haji Jalil )
Assalam wbt
Sedap wey kuih keria antarabangsa hj jalil limbongan ! Rm0.50 1 biji. Tapi gune pure keledek! Gune gula merah ! Sangat rangup! Sedap sangat! Nak order tunggu sampai 1 jam. Haha. Kalau makan kat kedai dapat la 2 pcs setiap orang.
Lokasi: Bersebelah masjid limbongan; GPS coordinate: 2.205929,102.219357
Lokasi: Bersebelah masjid limbongan; GPS coordinate: 2.205929,102.219357
Berkilat kuih keria Hj Jalil....... Baru lepas disira dengan gula Melaka
Haji Jalil ..... hampir 40 tahun menjalankan perniagaan kuih keria
Waktu mula perniagaan ...... 2.00pm - 7.00pm
Premis lama kuih keria Hj Jalil..... dan sekarang sudah berpindah ke
premis baru bersebelahan dengan masjid limbongan
Beraneka jenis kuih ade...... goreng pisang, goreng keledek, landas/rengas,
bidaran, ubi ketok, kodok pisang,popiah goreng...... dll...
bidaran, ubi ketok, kodok pisang,popiah goreng...... dll...
Tapi menu utama di premis ini ialah Kuih Keria.....
Ade juga menu sampingan lain seperti Laksa penang limbongan dan Bakso.....
Rugi kalau datang ke premis Haji Jalil tak cuba rasa laksa dan bakso......
TYT/Gabenor Melaka datang minum petang kat premis Haji Jalil
Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob
Suasana dalam premis yang luas dan selesa.... boleh memuatkan hampir
100 orang pelanggan.....
Sumber dan kredit ke atas :
1) http://sudirmanjalil.blogspot.com/ dan
2) http://diarianakin.blogspot.com
The Shore Oceanarium
Salam semua...selamat datang ke Melaka , kalau di KLCC punya aquaria, di Melaka tak kurang hebat nya, kita punya The Shore Oceanarium.
Di sini, anda pasti akan di layan dengan sepenuh hati oleh petugas2, insyaAllah anda akan mendapat segala infomasi yang anda mahu, lagi2 the shore oceanarium ni baru je beroperasi, nanti mudah2an visitor2 ni akan jadi marketing mulut ke mulut yang sangat berkesan =)
Berikut saya sertakan butiran infomasi yang berguna untuk kawan2 yang ingin melawat ke The Shore
* Alamat dan Map : The Shore Shopping Complex, Lev 2, Jln Persisiran Bunga Raya Sungai Melaka, Melaka.
* GPS coordinate : 2.202898,102.249932
* Waktu Operasi: 1030am - 8pm
* Antara binatang laut yang bukan hanya boleh di lihat, anda jugak boleh memegang nya seperti memegang tapak sulaiman (tapi harap maklum bukan semua boleh di pegang ea hehe)
Di sini, anda pasti akan di layan dengan sepenuh hati oleh petugas2, insyaAllah anda akan mendapat segala infomasi yang anda mahu, lagi2 the shore oceanarium ni baru je beroperasi, nanti mudah2an visitor2 ni akan jadi marketing mulut ke mulut yang sangat berkesan =)
Berikut saya sertakan butiran infomasi yang berguna untuk kawan2 yang ingin melawat ke The Shore
* Alamat dan Map : The Shore Shopping Complex, Lev 2, Jln Persisiran Bunga Raya Sungai Melaka, Melaka.
* GPS coordinate : 2.202898,102.249932
* Waktu Operasi: 1030am - 8pm
* Antara binatang laut yang bukan hanya boleh di lihat, anda jugak boleh memegang nya seperti memegang tapak sulaiman (tapi harap maklum bukan semua boleh di pegang ea hehe)
Photo: Pandangan dalam Oceanarium
Photo: Jerung boleh di lihat berenang di atas kepala anda
Akhir kata, welcome to Melaka lah eh, dari hari ke hari State Gov ngah berikhtiar nak perbanyak toursim place kat Melaka, Alhamdullilah.
Mee Goreng Hassan aka Mee Bodoh @ Tengkera Melaka
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Ha..korang nampak tak tittle tu?..3 jenis panggil untuk sejenis mee nie.
Kedai mee nie amatlah popular untuk sarapan pagi. Asal pergi jer mmg
sentiasa penuh dengan orang ramai, pastu nak makan mesti kena tunggu
meja kosong. Kalau hari minggu jangan cakap la jumlah orang ramai
yang datang tu, bukan org melaka jer tau, pelancong pun ada jugak.
Ni adalah selengkap mee tu, cuba korang perhatikan rupanya bebetul
..teramat la simple..apa yang nampak hanya la mee kuning, taugeh,
sambal dan timun. Dari segi rasa pulak, ikut pada lidah aku la..hehehe
..tawar jer. Mugkin sebab tu la nama dia mee bodoh kot..perasa ikut
korg sendiri..klu suka macam tambah jer cuka kalau suka lemak masin
tarok jer kicap atas meja tu, klu nak pedas gaulkan semua mee tu
dengan sambal yg ada atas mee tu. Semua perasa nie ada tas meja memasing yer.
Selain tu, mee tu tak lengkap kalau korang makan macam tu jer, ada
jugak set pelengkap nyer.. Iaitu telur mata. Telur mata nie pulak sama
jugak di datangkan dengan timun dan sambal. Tapi nie kita boleh letak
sendiri. Kalau tak nak sambal pun terpulang pada kita. aku tengok setiap
telur mata tu di goreng dengan minyak sambal. Sebab tu warna dia
merah2, dan di goreng setakat beku luar jer dan kuning nyer masing
meleleh..hehehehe..ni aku suka..
Tapi nak dapatkan telur tu kita kena beratur sendiri. Nampak tak
barisan belakang suami tu..tu semua dok beratur tunggu telur goreng la.
Telur bukan siap2 goreng..Dia akan goreng depan kita,..bila dah siap
terus masuk piring dan di hulurkan kat kita. Depan tu jugak ada
timun dgn sambal tadi umtuk di tambah.
Ops!..minah saleh pun ada wei..dia ngah beratur ambik telur..
layan jugak tekak dia makan pedas nie, sebab aku tengok dia
siap ambik telor dengan sambal lagi.
Ini baru di katakan kedai makan 1 malaysia, sebab pelbagai
bangsa ada. Memang famous la kedai nie dan mee dia tu dapat
di terima oleh semua org termasuk pelancaong asing. Harga
sepinggan RM1.50, pastu telor pulak sebijik RM0.80.
Apa tak boleh nyerkan?..kekadang ada jugak gula2 percuma untuk kanak.
Ini pulak set Iris, bila kita mintak kosong macam nie la
rupanyer..takde sambal dan timun. Tapi pedas tetap dia
terasa jugak. Banyak kali dia mintak minum air.

Kedai makan nie terletak di jalan tengkera, kalau lalu waktu
pagi ada kereta banyak kiri kanan tu..tu la dia kedai nyer.
Rupa kedai teramat la simple.
Nota Ringkas
1) GPS coordinate: 2.2035461,102.2339757
(Landmark: Jalan Tengkera,sebelah Methodist Girl School Melaka)
2) Waktu Operasi: setiap hari 8.00am -11am.....tetapi
kalau bulan ramadhan, dibuka malam dari jam 8.00 malam - 11.00 malam.
Sumber: storymoryk.blogspot.com ; terima kasih :-)
Kari Kepala Ikan Hajjah Ramlah Bukit Katil
Kari kepala ikan Gerai Hajjah Rahmah, Bukit Katil
selamat pagi semua....
semlm aku ada up citer pasal kari kepala ikan kan? moh la aku share kat mana aku mkn
kari kepala ikan yg sedap giler ni....kita jalan2 sampai Melaka lah yer...kami jalan2
Melaka ni pada 28 April yg lepas...
ok, kedai ni speciality dia mmg KARI KEPALA IKAN, tapi dia ada buat asam pedas
jugak tau...niat di hati nak pekena asam pedas Melaka, dah ada kari kepala ikan ni,
haruslah kita sambar kedua2nya sekali...hahaha...kedai ni bukan kedai mamak tau,
kedai Melayu asli tulen punya...
masa kami sampai tu, dah ada beberapa table duk mkn lunch walaupun baru
pukul 11 pagi...mmg time kami sampai tu dia baru bukak kedai kot, lauk pun
dia baru letak, panas2 lagi tu...
mari mari.....
sumpah rasa nak terkam je kepala2 ikan neh...kami laki bini mmg penggemar
kari kepala ikan...suka ratah2...sebelum bertolak ke Melaka, kami dah
breakfast roti kat umah, tu yg sampai Melaka terus terjah restoran
nak mkn tu...lapar!!!
ni pulak asam pedas dia...wallaweh....
aku cari ikan pari sbb aku ni kalau asam pedas suka mkn ngan ikan pari
jer...kalau ikan lain, ada kureng sikit....huhu...eh, tapi asam pedas dia
pun sedap tau...
sayur2an....ah sedapnya tgk sayur2 ni time dia baru letak ni....panas lagi ni weh...
section ulam2an...suka kacang botol....
okey, jom tgk apa yg kami amek...
seketul kari kepala ikan jenak....sumpah sedap kari dia, ikan pun best...
silalah percaya, saat aku taip ni pun, aku telan air liur tgk gambar ni..
.rasa nak nangis sbb teringat kari kepala ikan mak aku buat....
sepinggan sayur...
dan sepinggan asam pedas ikan parang...terangkat weh asam pedas kedai
ni....tapi kalau dpt ikan pari laaaaaaaagi aku suka....
bukan mudah nak carik asam pedas yg best kat Melaka ni..dah berapa kali
gi Melaka pun, asyik lah dpt asam pedas yg hampeh....nasib baik ada kawan
hubby duk Melaka rekomen kedai ni...dpt mkn kari kepala ikan sekali tu...
rasa puas hati sgt la...
total kami makan tu termasuk nasi putih 4 pinggan dan air 4 gelas adalah rm54...
aku rasa okey kot...what do u expect kalau mkn kepala ikan kan...kalau kat
mamak lagi mahal tau!!
oh, lagi satu, segala mak nenek air juice tak de kat kedai ni, kalau korang nak
order, sila order teh o ais ke, sirap limau ke atau seangkatan dgnnya...korang
nak fresh orange ke apa ke mmg tak de...kehkeh...eh, tapi air tebu ngan air
kelapa ada la...
pada korang yg nak mkn kari kepala ikan dan asam pedas yg best kat Melaka
ni, boleh lah dtg kat kedai Hajjah Rahmah Haji Ibrahim ni...
kedai ni near JPJ Bukit Katil berhampiran stesen minyak BHP....kedai ni
betul2 tepi jalan, senang sgt nak jumpa...tapi jalan agak sempit sikit, jalan
kampung...malam tak bukak okeh...lauk habis, terus dia tutup kedai...
kalau korang dari KL, dari tol Ayer Keroh tu, korang terus sampai jumpa
simpang 4 traffic light besar, amek kiri ikut sign board nak pergi Bukit Katil
, terus sampai jumpa satu lagi simpang 4 korang akan jumpa JPJ sebelah kanan,
tapi korang terus je la, pas tu akan nampak stesen minyak BHP sebelah kanan,
korang slowkan kenderaan, lebih kurang 100 meter dari BHP korang akan jumpa
kedai ni....inshaAllah.
Or lebih senang , boleh gps coordinate ni 2.227657,102.299526
Komen2 dari foursquare berkaitan kari kepala ikan hj ramlah
Sumber : http://wahidayatulaswa.blogspot.com/: terima kasih :-)
Nasi Beriani Gam Lot 85
Assalamualaikum.....
Dah lama sebenarnya kita dan hubby tak makan di kedai nie. Memang x dinafikan, kualiti beriyani gam dia masih kekal sejak puluhan tahun yang lalu. Maaflah, kami rasa beriyani gam disini jauh lebih sedap daripada yang femes di Batu Pahat punya food court seberang hospital sebelum jambatan tu.
Masa ke sini Sabtu yang lepas-lepas, kami tiba lebih kurang pukul 11.00 pagi. Since belum breakfast, kami brunch terus. Lokasi kedai nie sederet dengan Maktab Perempuan di Jalan Durian Daun, Melaka. Selain daripada Nasi Beriyani, of course ada nasi putih dan lauk2 kampung seperti biasa. Tapi masa kami sampai, lauk pauk belum dikeluarkan habis lagi. Baru sikit-sikit jer. Geram tengok sayur2 yang fresh tu. Tapi godaan nasi beriyani tu lebih kuat lagi...
Anyway, let's see the pictures...
Dah lama sebenarnya kita dan hubby tak makan di kedai nie. Memang x dinafikan, kualiti beriyani gam dia masih kekal sejak puluhan tahun yang lalu. Maaflah, kami rasa beriyani gam disini jauh lebih sedap daripada yang femes di Batu Pahat punya food court seberang hospital sebelum jambatan tu.
Masa ke sini Sabtu yang lepas-lepas, kami tiba lebih kurang pukul 11.00 pagi. Since belum breakfast, kami brunch terus. Lokasi kedai nie sederet dengan Maktab Perempuan di Jalan Durian Daun, Melaka. Selain daripada Nasi Beriyani, of course ada nasi putih dan lauk2 kampung seperti biasa. Tapi masa kami sampai, lauk pauk belum dikeluarkan habis lagi. Baru sikit-sikit jer. Geram tengok sayur2 yang fresh tu. Tapi godaan nasi beriyani tu lebih kuat lagi...
Anyway, let's see the pictures...
Signage kedai
Menu sarapan pagi masih ada...
Lauk-lauk untuk lunch yang baru mula dihidang.
Lagi lauk pauk yang fresh...
Hidangan untuk kami. Nasi beriyani sorang satu set dan ikan pari asam pedas.
Ikan pari asam pedas. Oklah, cuma ada asam pedas yang lebih sedap lagi.
Set untuk Adam. Nasi beriyani, ayam masak merah
Set hubby. Nasi Beriyani, Ayam Kurma
Set kita, Nasi Beriyani Ayam Rempah.
Kuah dalca yang sedap, pekat dan secukup rasa.
Teh O Ais Limau kita..
Bapak dengan anak minum sirap bandung..
Star menu memang Nasi Beriyani dia. Even, kalau makan nasi jer pun kita dah cukup puas hati. Lembut, lemak, gebu, rempah yang secukup rasa. Kuah dalca dia pulak, memang pekatlah. Tak macam kebanyakan kedai yang kuahnya cair bair jer tu...
Tak lama lepas kami duduk, datang beberapa kumpulan anggota polis. Rupa2nya mereka dah tempah satu seksyen utk lunch. Ada jamuanlah kot. Public pun dah mula ramai kat situ. Cuma asam pedas tu kurang power.... Lagipun datang situ bukan untuk asam pedas, kan..
Komen2 dari Foursquare berkaitan Lot 85 ni.
Lokasi:
Restoran Lot 85
Malaysian Restaurant and Asian Restaurant
85, Jalan Puteri Hang Li Poh, 75400 Malacca, Melaka, Malaysia.
Gps coordinate: 2.208199,102.260753
Sumber : http://therainbowjourney.blogspot.com ; terima kasih :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)








































