Roti Canai Arang...nasi lemak sedap dan putu mayam lalzat
Saja dengan tajuk yang ala ala perli gitu...ha ha ha... Pagi tadi bersarapan di
kedai ni, saya order nasi lemak kukus dengan sambal sotong dan ayam
goreng berempah, telur goreng memang wajib ada. Kalau tengok dari
angle depan, telur goreng tu menutup kesopanan nasi lemak ni
tapi kalau dari belakang...terdedah woooo... Saya dah beberapa kali
bersarapan di kedai ini, menu utamanya adalah nasi lemak kukus
dan roti canai. Kuih muih tu ada tapi dari pemerhatian terhadap
bekas yang tak seragam, saya jangka kuih kuih ni diletakkan
oleh orang lain. Tak kisahlah..yang penting rasanya pun sedap sedap juga.
Soal rasa...bagi saya ianya menepati selera saya, sambalnya cair
tidak pekat seperti kebiasaan, nasinya dikukus, berasnya tidak melekat
dan perlukan cantuman antara nasi dan sambal bagi melekatkannya
sebelum disuap ke mulut. Sambal ada beberapa jenis seperti sambal
kosong, sambal kerang, sambal sotong dan ada satu lagi...saya tak
ingat. Dan ayam gorengnya pula jenis ayam goreng berempah.
Bayangkan makan nasi lemak pagi-pagi dengan gumpulan
asap menjelma dari nasi lemak dan ayam goreng yang dikunyah panas-
panas...fuhhhh....enaknya...
Selesai bab nasi lemak kukus ni, satu lagi menu utamanya adalah roti
canai. Penebarnya seorang wanita, menggunakan kuali leper yang
besar akan tetapi bahan bakarnya bukan gas tapi arang. Kenapa
industri ikan bakar di Melaka ni menggunakan dapur arang dari dapur gas?
... ada rahsianya begitu juga dikedai ni. Mereka menggunakan arang,
gambar akan menyusul, apa petuanya...saya tak boleh beritahu,
cuba beli roti dikedai ini dan beli juga roti canai dikedai lain,
cuba buat eksperimen anda sendiri...dan anda akan tahu apa
perbezaan ketaranya. Maaf, rahsia tetap rahsia..cubalah dulu ujikajinya...
Nasi lemak kukus dari arah depan...nampak sopankan... |
Lokasi kedai ni terletak di Balai Panjang, Malim, Melaka. Kalau kita
dari arah Cheng menuju ke bandar Melaka, kedai ini terletak sebelum
persimpangan Bachang/Batu Berendam dan arah Jalan Gajah
Berang. Kira selepas masjid baru Balai Panjang, stesen minyak BHP,
perlahankan kenderaan dan tengok sebelah kiri... Kedai ini ada parking
sebelah dalam dan ada juga pengunjung parking kereta di tepi jalan
utama, saya tak galakkan kerana ianya terlalu dekat dengan jalanraya
utama, lebih baik parking disebelah dalam. Bukan apa, takut ada
kemalangan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kehilangan nyawa.
Lebih baik ambik langkah berjaga-jaga.
Tepi jalan utama kedai ni...memang tak boleh miss nya... |
Sumber: http://paklangpaklong.blogspot.com/2014/02/nasi-lemak-sopan-roti-canai-arang.html ; terima kasih :)
No comments:
Post a Comment