Roti Canai Arang Malim Melaka

Roti Canai Arang...nasi lemak sedap dan putu mayam lalzat

Saja dengan tajuk yang ala ala perli gitu...ha ha ha... Pagi tadi bersarapan di 
kedai ni, saya order nasi lemak kukus dengan sambal sotong dan ayam 
goreng berempah, telur goreng memang wajib ada. Kalau tengok dari 
angle depan, telur goreng tu menutup kesopanan nasi lemak ni 
tapi kalau dari belakang...terdedah woooo... Saya dah beberapa kali 
bersarapan di kedai ini, menu utamanya adalah nasi lemak kukus 
dan roti canai. Kuih muih tu ada tapi dari pemerhatian terhadap 
bekas yang tak seragam, saya jangka kuih kuih ni diletakkan 
oleh orang lain. Tak kisahlah..yang penting rasanya pun sedap sedap juga.

Soal rasa...bagi saya ianya menepati selera saya, sambalnya cair 
tidak pekat seperti kebiasaan, nasinya dikukus, berasnya tidak melekat
dan perlukan cantuman antara nasi dan sambal bagi melekatkannya
sebelum disuap ke mulut. Sambal ada beberapa jenis seperti sambal 
kosong, sambal kerang, sambal sotong dan ada satu lagi...saya tak 
ingat. Dan ayam gorengnya pula jenis ayam goreng berempah. 
Bayangkan makan nasi lemak pagi-pagi dengan gumpulan 
asap menjelma dari nasi lemak dan ayam goreng yang dikunyah panas-
panas...fuhhhh....enaknya...

Selesai bab nasi lemak kukus ni, satu lagi menu utamanya adalah roti
canai. Penebarnya seorang wanita, menggunakan kuali leper yang 
besar akan tetapi bahan bakarnya bukan gas tapi arang. Kenapa 
industri ikan bakar di Melaka ni menggunakan dapur arang dari dapur gas?
... ada rahsianya begitu juga dikedai ni. Mereka menggunakan arang, 
gambar akan menyusul, apa petuanya...saya tak boleh beritahu, 
cuba beli roti dikedai ini dan beli juga roti canai dikedai lain, 
cuba buat eksperimen anda sendiri...dan anda akan tahu apa 
perbezaan ketaranya. Maaf, rahsia tetap rahsia..cubalah dulu ujikajinya...


- Inilah dapur arangnya...besarkan...pakai kawah lagi...he he he.
-Paling saya tertarik, telur diletakkan didalam besen sebelum dipecahkan untuk dimasak
-Bermakna telur ini telah dicuci dahulu. Pembersih pemilik kedai ini.

Nasi lemak kukus dari arah depan...nampak sopankan...



























Lokasi kedai ni terletak di Balai Panjang, Malim, Melaka. Kalau kita 
dari arah Cheng menuju ke bandar Melaka, kedai ini terletak sebelum
 persimpangan Bachang/Batu Berendam dan arah Jalan Gajah 
Berang. Kira selepas masjid baru Balai Panjang, stesen minyak BHP, 
perlahankan kenderaan dan tengok sebelah kiri... Kedai ini ada parking
 sebelah dalam dan ada juga pengunjung parking kereta di tepi jalan
 utama, saya tak galakkan kerana ianya terlalu dekat dengan jalanraya
 utama, lebih baik parking disebelah dalam. Bukan apa, takut ada 
kemalangan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kehilangan nyawa. 
Lebih baik ambik langkah berjaga-jaga. 

Tepi jalan utama kedai ni...memang tak boleh miss nya...
















Sumber: http://paklangpaklong.blogspot.com/2014/02/nasi-lemak-sopan-roti-canai-arang.html ; terima kasih :)

Ikan Bakar Malim @ Berdekatan MITC

PASTI TINGGAL TULANG


Restoran ini agak terkenal juga. Restoran utama di Cheng. Tetapi kami ke cawangannya berhampiran dengan UTEM dan MITC.
Kalau ke Melaka jangan lupa singgah di restoran ini. Kalau ke umbai bukan sahaja ikan bakarnya agak mahal tetapi jauh dan petrol melayang. Cuba singgah di sini. Kalian akan teruja dengan harga makanan yang ditawarkan! Terdapat pelbagai lauk pauk...andai pasti terliur hehehe.

Suasana di dalam restoran pula amat kondusif. Selesa dan interior yang tidak terlalu padat. Layar besar tv pula tersedia. Sebelah malam juga ada terjual pelbagai jenis tebaran roti termasuk roti canai dan murtabak. Terdapat juga hidangan makan malam buffet seperti makan tengahari. Selain ala carte seperti kebiasannya.
Habis ikan kena ratah! Menepati tagline yang terdapat di papan tanda restoran ini;PASTI TINGGAL TULANG!
Restoran Ikan Bakar Malim
No 2 & 4, Jalan TU 40
Taman Tasek Utama
75460 Ayer Keroh, Melaka.
Tel: 06-2324234
Sumber : http://www.bluehikari.com , terima kasih :-)

Bustel Klebang Melaka

MENGINAP DI BUSTEL KLEBANG MELAKA

Kalau korang tercari-cari idea unik dan menarik untuk bawa anak-anak bercuti di hujung
tahun ini, apa kata ke Melaka Bandaraya Bersejarah? Cuba try test BUSTEL di 
Dataran 1 Malaysia, Klebang. Pasti tertarik-menarik-kau pasti da bom!

Kalau ke Dataran 1 Malaysia Klebang pasti akan nampak Bustel ini..


Apakah itu BUSTEL?
BUSTEL adalah hotel yang dihasilkan daripada bas-bas terpakai dari negeri Melaka
ni. Bas sudah diubahsuai dengan cantik. Ada katil dan bilik air sama seperti hotel
biasa. Cuma bezanya ianya adalah bas sebenar!


Sebahagian deretan bas mini terpakai yang diubahsuai menjadi hotel penginapan
Lokasi?
Bustel terletak di Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang Melaka. Ia adalah pantai tambak 
yang dihasilkan oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan lagi kemajuan pelancongan 
di negeri Melaka.

Harga sewaan?
Hari biasa (work days) = RM80/night.
Hujung minggu dan cuti umum = RM120/night.
Sebiji bas memuatkan 2 buah bilik. So kalau korang nak sewa sebuah bas sekaligus, darab 2 jer..

Saya diberitahu oleh Pengurus Bustel bahawa dalam 1 bilik hanya dibenarkan 2 oang 
dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Ketika saya di sana, saya tidak berkesempatan 
untuk menginap di Bustel sebab dah fully booked. Katanya, bustel memang
selalu fully-booked, terutamanya di hujung minggu dan cuti umum. Katanya 
pada hujung minggu, jumlah pengunjung boleh melebihi 10,000 orang! 
So kalau korang nak merasa tidur dalam bas, kenalah book awal-awal, ok!

 Reception Office - di sinilah kami bertanya itu-ini-begitu-begini dengan Pengurus Bustel

Berhampiran dengan Bustel ada Bus Cafe, iaitu gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai 
makanan 'street food'. So, pengunjung memang takkan bosan di sini. Boleh piknik di
 tepi pantai klebang yang pasir tambaknya masih putih mulus sambil menikmati
 cendol atau coconut shake. Kalau tak nak piknik di pantai, boleh juga makan
 dalam bas itu sendiri. Ada disediakan meja makan sebiji macam dalam kedai makan tu.


Cocounut shake di sini memang yummy!

Ada banyak pilihan makanan untuk semua pengunjung
Di sini disediakan kemudahan bilik air yang juga dibuat daripada bas terpakai. Kos 
sekali masuk ialah 30sen/seorang. 
 Tandas yang bersih; depan untuk lelaki dan belakang untuk perempuan
Di Dataran 1 Malaysia Klebang ini juga ada beberapa aktiviti menarik yang boleh 
dilakukan bersama anak-anak seperti main layang-layang. Ada banyak bus shop yang
 jual layang-layang pelbagai design. So anak-anak takkan boring. Ataupon main ATV 
yang boleh di sewa di sana.

 Lepak-lepak minum cendol sambil menikmati udara Selat Melaka yang nyaman..

So, apa kata ke Melaka bawa anak-anak di hujung minggu atau cuti sekolah nanti. 
Memang seronok. Selain daripada Pantai Klebang ni, ada banyak lagi tempat menarik. 

Sumber info dari : http://cutifamili.blogspot.com/2014 , terima kasih :-)

Yong Tau Foo Pulau Gadong

Masa cuti hari tu aku bekerja... sebab tu la lambat betul nak update blog... hehee.... padahal line internet pun slow kan...  entry kali ni aku nak cerita pasal tempat kerja aku selama ni.. dari lepas sekolah rendah aku memang kerja sini kalau masa cuti... cari duit lebih la kata kan...hehee.. nama kedai ni Restoren Yong Tau Foo Gelombang Biru Melaka.... dekat bertam perdana atau lebih di kenali dengan Pulau Gadong..
nak juga ajak blogger-blogger singgah makan sini kalau datang melaka... jom tengok gambar-gambar dulu... 
  
Photo: Pandangan Depan

Photo: Pandangan Sudut Dalam

nasi lemak.
Photo:  Sekarang, restoren ni hanya menjual Yong Tau Foo dah nasi lemak sahaja...

 Eh... cerita-cerita ni korg tau ke yong tau foo ni apa..?? boleh tengok bahan-bahan kat bawah ni.... Yong Tau Foo ni sup tau... dimakan bersama cili merah... dan sekarang ada cili hitam pulak....tak perlu risau la bahan-bahan dia ni... semuanya insyallah halal sebab paket bahan ni ada logo halal tau.... Jakim punya.... so, korg kalau makan tak perlu la was-was... korang tak terliur ke aku cerita ni... ok.. tengok gambar pula....

bahan-bahan goreng
bahan-bahan frozen pula...

sayur-sayur segar

 Photo: Bahan2x [barang goreng ni antaranya bebola yang pelbagai jenis.. contohnya bebola ikan, selmon, udang, ketam,sotong, daging... ada juga organ dalaman.. contohnya paru, limpa, hati lembu, perut lembu, pedal ayam..sayur2x segar]

Cara nak pilih makanan ni.....

  • Sapa yang pertama kali datang boleh la tanya dekat pekerja yang ada dekat situ.... macam mana nak pilih... tapi sebenarnya senang je.... korang boleh ambil mangkuk merah dekat dengan tempat pilih tu... dan boleh la start pilih eh....  dari hujung sampai ke hujung... semua boleh pilih.. tapi kena ingat makin banyak korang ambil makin mahal la harga makanan korang tu nanti... kalau nak makan sorang boleh pilih dalam separuh mangkuk pun boleh... nanti dah potong dan masak memang jadi banyak tambah pula ada sup kan... kalau jenis makan banyak suka hati la nak pilih banyak mana...
  • Bila dah siap pilih boleh bagi dekat pekerja yang jaga dekat situ... nanti pekerja tu akan tanya nak campur mee, bihun, kue tiau atau kangkung tak.... haha... macam biasa aku buat... lepas tu pekerja kat situ pun tanya lagi nak makan sorang ke hidang.... kalau sorang makan dalam mangkuk merah tu juga la... kalau nak makan ramai2 boleh la buat hidang.... order minuman dan meja tempat korang akan duduk pun akan diambil sekali...
  • Lepas tu, bahan-bahan yang dah dipilih tu akan dihantar ke belakang untuk dipotong dan dicelur...

korang perlu tunggu je dekat meja masing-masing... nanti pekerja akan hantar makanan korang tu...


HASILNYA....JeNg..JenG

satu mangkuk untuk sorang makan...

mangkuk hidang
Harga untuk setiap hidangan bergantung pada banyak mana bahan yang korang pilih... nanti jangan pula kata terlalu mahal sebab bahannye korang yang pilih ye... sebenarnya harga berpatutan... makan kat pizza sampai beratus 1 keluarga takkan makan ni pun nak berkira kan....

sayur-sayur segar
Waktu perniagaan: Setiap hari kecuali hari isnin; kalau public holiday insyallah akan di buka juga...start berniaga pada pukul 5.30petang hingga 12.00 malam...

Nota: 

  • Kalau hari minggu memang ramai orang... so, sesiapa yang datang kena banyak2 kan bersabar la sebab mungkin makanan korang akan lambat sampai...
  • Melalui pengalaman... ramai customer yang sanggup tunggu lama semata-mata hendak makan yong tau foo ni.... terima kasih la ye sebab sudi menunggu...


gambar dari blogger lain.... suasana dalam kedai...

Moh le blogger-blogger... satu lagi cawangan dekat pantai puteri pun sama je... kat situ gerai la.. sapa yang suka sejuk-sejuk udara pantai boleh la datang... hehe...
 ok la sampai sini je.. kalau ada masa boleh cerita pasal cawangan lagi satu pula...

sumber: http://eqanadirah.blogspot.com ; terima kasih atas sumber infomasinya :-)

Asam Pedas Power Abg Pie

Nih nak cita pasal asam pedas power punya kat Melaka nih...power memang power weh, pedas x hingat....nih memang pior punya asam pedas.....sah pedas! Kenapa asam pedas nih power? Sbb nama kedai dia ler.. Asam Pedas Power Abg Pie..hehe

Kedai nih penah masuk JJCM jugak dgn Qi..tahun bila x hingat...ntah tahun lepas atau pun tahun lepas2 lagik...ntah la, sah aku ingat..




Kitorg ambek ikan kembung utk buat masak asam pedas...ikan kat sini dorg kira pakai timbag...sekilo bapa hingget ntah...tp, jgn risau..harga berbaloi2 dan mampu milik untuk semua..hehe


Selain daripada ikan2 untuk di buat masak asam, ada jugak kerang, lala dan memacam lagi la...harga pun berbaloi2...dont worry, get ready perut jer utk melantak..hehe


Nih la asam pedas power...sapa xtahan pedas, better korg ckp kat tokey tuh sebelum dia masak...aku yg kuat pedas nih pun xtahan dgn kepedasan asam pedas nih...menyengat wehhh! 


Yang nih pulak tengah melantak kupang masak 3 rasa...aku xpasti nih betul ker 3 rasa ataupun masak pedas...pun pedas menyengat jugak, pedas2 pun setel jugak aku ngan adik aku tuh keja kan semanguk kupang tuh....


Aku dah selesai....yang lain belum lagi..hehe

Orite, sesapa yg nak menerai asam pedas power nih senang jer..kedai nih betul2 kat depan perigi hang li po, kat melaka tuh...sapa yg penah pegi melawat kat perigi hang li po tuh, boleh la singgah kat kedai nih..

Kedai nih bukak klu x silap start kul 7petang smpai la tengah malam..harga? Berpatutuan..Makanan?? Sedaaappp tapi pedas...hehe

Chow!!

Sumber: http://ayungmerapu.blogspot.com ; terima kasih atas sumber infomasi nya :-)

Roti John Barkat @ Pantai Puteri dan juga terdapat di Cheng

In Melaka, apparently Roti John is one of the food that has an different version from KL.
There’s a differentiating factor for the roti john in Melaka. Normally prepared with sardine/minced meat and eggs. The Restaurant Barkat version was much nicer as it is prepared with lots of pounded anchovies. Crispy and aromatic- flavorsome!
Restoran Barkat Roti John, Tanjung Kling, Malacca-004
It is devoid of the usual mayonnaise, cucumber or any other ingredients and instead came served with a chilli dipping sauce . The filling is much more savoury than the KL ones, thanks to the recipe which calls for anchovies and parsley.
Restoran Barkat Roti John, Tanjung Kling, Malacca-003
Restoran Barkat Roti John, Tanjung Kling, Malacca (3)
It’s hard to locate if you are not a local as the location is really far from the town area. However if you use WAZE or GPS it is still accessible. Other than roti john, there are
Ayam Golek” – rotisserie chicken as well and it is only imperative that we sample one too!
Restoran Barkat Roti John, Tanjung Kling, Malacca

Restoran Barkat Roti John, Tanjung Kling, Malacca-006
Below: The loave of bread rolls used. At first glance I thought they were baguettes.
Restoran Barkat Roti John, Tanjung Kling, Malacca-002
On the hot pan, soon ready to be served.
Restoran Barkat Roti John, Tanjung Kling, Malacca-001
Tanjung Kling is about 13km away from town center. Restoran Barkat Roti John version of Roti John is different from the one we get in KL and thus there lies its charm and the reason why it is “uniquely Melaka. If you observed from my pictures above, there are no lettuce or mayonnaise added into the sandwich. Its taste relies heavily on the minced anchovies and the parsley which gave it the fragrance while other spices contributes to its savoriness.
Restoran Barkat Roti John, Tanjung Kling, Malacca (2)
Restoran Barkat Roti John @ Tanjung Kling, Malacca
Hours: Mon- Sun from 6:00pm onwards

Bagi penginapan homestay ; boleh click pada kemudah homestay di atas =)

Credit: http://www.rebeccasaw.com ; thanks miss rebecca for the sharing :)

Pahlawan Walk @ Bandar Hilir Melaka

Assalam semua,Last week saya baru je melawat one instresting place in melaka, bagi yang nak cari sourvenier melaka, saya rekomen datang ke sini memandangkan tempat ni boleh saya categori kan one stop centre bag mereka yang nak cari souvenier untuk mak ayah, sedara mara sepupu papat dan sama waktu dengan nya :-)Pahlawan Walk terletak berhadapan Menara Taming Sari dan satu jalan dengan Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan.


Di sini kita boleh membeli cenderahati dan makanan Melaka. Banyak gerai dalam ini. Tapi, anda nasihatkan untuk survey harga bagi mendapatkan harga terbaik pada kualiti yang cemerlang.

Kalau ke Melaka,memang tak sah kalau kau tak beli dodol dan gula melaka.




Juga cencaluk. Tapi kalau resdung. Sila abaikan cencaluk. Kalau berdegil, bisa rasa semacam lubang hidung anda bergabung menjadi satu. Hahahahaha


  

Macam biasa boleh juga beli cenderahati sebagai bukti dah sampai Melaka!..




Infomasi selebihnya berkaitan Pahlawan Walk :-) 

GPS coordinate: 2.192422,102.247512

* Pahlawan Walk Market dibuka setiap hari dari 10
pagi - 10 malam dan dilengkapi kemudahan tandas
dan surau serta mempunyai khidmat " Night Guard"
untuk memastikan keselamatan barang-barang
terjamin.

* Lokasi tapak terletak berhampiran Menara Taming
Sari dan Dataran Pahlawan Mega Mall yang sentiasa
menjadi tumpuan para pelancong yang datang ke
Melaka. Diserikan dengan Pahlawan Walk Uptown pada
setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad membuatkan
lokasi ini sentiasa menjadi tumpuan pelancong pada
setiap hujung minggu.

 terima kasih en pemilik blogger, saya edit2 skit:)