The Shore Melaka




Bila sampai melaka.....asyik2 mahkota parade..asyik2 aeon kannn hehe, kini melaka mempunyai sebuah lagi shopping mall yang bertaraf bintang hehehe iaitu THE SHORE....besar..tinggi kan???...actually The Shore ni merupakan building tertinggi di melaka buat masa sekarang, tapi dalam perancaangan akan ada lagi building yang akan beat ketinggian mall baru ni.








Mall baru ni tinggi bukan semua nya mall...di samping mall..The Shore menghubungkan building nya dgn hotel swiss garden dan uniknya mempunya sebuah aquarium...nt abam cover dalam sisipan lain ea




Lokasi nya The Shore ni berdekatan dengan Melaka River Cruise....kalau datang malam lg best..banyak lampu berkerlipan , di situ terdapat jambatan baru yg di bina untuk menghubungkan bekas tapak bus station lama dgn The Shore.

Lebih specific untuk lokasi nya, anda key in gps coordinate ni eh : 2.202898,102.249932

Antara kedai2 di mall baru ni





Masjid Cina di Krubong Melaka

Kebiasaanya masjid cina jarang kita lihat di malaysia kan?..hmm

Tahukan anda ???..

Sebenarnya termasuk yang terkini di melaka (dibuka ramadan tahun 2014) , kita sudah ada tiga..masjid cina di krubong melaka yang ketiga. Masjid Cina pertama di malaysia Masjid Muhamadiah di Ipoh dan Masjid Cina di Rantau Panjang Kelantan



kos perbelanjaan dalam lingkungan RM 7.5 Juta dan mampu memuaatkan 2 000 jemaah pada satu2 masa.






Kemudahan telah pun tersedia, jika bukan kita siapa lah nak imarah kan masjid ni kan hehe...oleh itu saya share kan lokasi nya.

  • Jalan Solok Hilir (berdekatan stadium hang jebat)
  • Paya Rumput, Melaka, Malaysia


Rumah Terbalik Melaka


Hi kawan2, kita bukan sahaja negeri Sabah je punya rumah terbalik, kini Melaka sudah mempunyai nya hehe....tak perlu fly bah untuk merasai pengalaman ini untuk penduduk semenanjung....apa2 pun masing2 punya kelebihan..ye tak kawan?


Lokasi nya ~~ G12 & G14 Jalan PM 7, Plaza Mahkota Bandar Hilir Melaka (GPS coordinate 2.1894861,102.245452)

Harga tiket nya ~~

 Nota penting untuk kawan2 hehe..pemiliknya menghadkan 35 orang untuk sekali masuk



Sumber: http://aisy-nasiha.blogspot.com ; terima kasih :-)

Coconut Shake Batu Berendam

Hah...jika kita sebuat aje pasal cocunut shake melaka...pasti kita semua fikir
cocunut shake klebang kan, tapi anda semua harus mencuba coconut shake
batu berendam sebab speciality cocunut shake batu berendam ialah ada extra
choclate rice giteww...ala kalau tak sure apa tu choc rice...boleh tanya encik
google hehe

and paling penting, kat sini anda boleh refill air kelapa muda for FREEE...
wowwwy tertarik n teruja kan :)



Antara info2 yang abam nak share

Lokasi nya~~ GPS coordinate : 2.252299,102.2543063










Menu nya~~



Tambah air kelapa percuma~~



Waktu Operasi nya ~~



Juadah2 lain selain coconut shake





Selamat Mencuba :-)

Roti Canai Arang Malim Melaka

Roti Canai Arang...nasi lemak sedap dan putu mayam lalzat

Saja dengan tajuk yang ala ala perli gitu...ha ha ha... Pagi tadi bersarapan di 
kedai ni, saya order nasi lemak kukus dengan sambal sotong dan ayam 
goreng berempah, telur goreng memang wajib ada. Kalau tengok dari 
angle depan, telur goreng tu menutup kesopanan nasi lemak ni 
tapi kalau dari belakang...terdedah woooo... Saya dah beberapa kali 
bersarapan di kedai ini, menu utamanya adalah nasi lemak kukus 
dan roti canai. Kuih muih tu ada tapi dari pemerhatian terhadap 
bekas yang tak seragam, saya jangka kuih kuih ni diletakkan 
oleh orang lain. Tak kisahlah..yang penting rasanya pun sedap sedap juga.

Soal rasa...bagi saya ianya menepati selera saya, sambalnya cair 
tidak pekat seperti kebiasaan, nasinya dikukus, berasnya tidak melekat
dan perlukan cantuman antara nasi dan sambal bagi melekatkannya
sebelum disuap ke mulut. Sambal ada beberapa jenis seperti sambal 
kosong, sambal kerang, sambal sotong dan ada satu lagi...saya tak 
ingat. Dan ayam gorengnya pula jenis ayam goreng berempah. 
Bayangkan makan nasi lemak pagi-pagi dengan gumpulan 
asap menjelma dari nasi lemak dan ayam goreng yang dikunyah panas-
panas...fuhhhh....enaknya...

Selesai bab nasi lemak kukus ni, satu lagi menu utamanya adalah roti
canai. Penebarnya seorang wanita, menggunakan kuali leper yang 
besar akan tetapi bahan bakarnya bukan gas tapi arang. Kenapa 
industri ikan bakar di Melaka ni menggunakan dapur arang dari dapur gas?
... ada rahsianya begitu juga dikedai ni. Mereka menggunakan arang, 
gambar akan menyusul, apa petuanya...saya tak boleh beritahu, 
cuba beli roti dikedai ini dan beli juga roti canai dikedai lain, 
cuba buat eksperimen anda sendiri...dan anda akan tahu apa 
perbezaan ketaranya. Maaf, rahsia tetap rahsia..cubalah dulu ujikajinya...


- Inilah dapur arangnya...besarkan...pakai kawah lagi...he he he.
-Paling saya tertarik, telur diletakkan didalam besen sebelum dipecahkan untuk dimasak
-Bermakna telur ini telah dicuci dahulu. Pembersih pemilik kedai ini.

Nasi lemak kukus dari arah depan...nampak sopankan...



























Lokasi kedai ni terletak di Balai Panjang, Malim, Melaka. Kalau kita 
dari arah Cheng menuju ke bandar Melaka, kedai ini terletak sebelum
 persimpangan Bachang/Batu Berendam dan arah Jalan Gajah 
Berang. Kira selepas masjid baru Balai Panjang, stesen minyak BHP, 
perlahankan kenderaan dan tengok sebelah kiri... Kedai ini ada parking
 sebelah dalam dan ada juga pengunjung parking kereta di tepi jalan
 utama, saya tak galakkan kerana ianya terlalu dekat dengan jalanraya
 utama, lebih baik parking disebelah dalam. Bukan apa, takut ada 
kemalangan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kehilangan nyawa. 
Lebih baik ambik langkah berjaga-jaga. 

Tepi jalan utama kedai ni...memang tak boleh miss nya...
















Sumber: http://paklangpaklong.blogspot.com/2014/02/nasi-lemak-sopan-roti-canai-arang.html ; terima kasih :)

Ikan Bakar Malim @ Berdekatan MITC

PASTI TINGGAL TULANG


Restoran ini agak terkenal juga. Restoran utama di Cheng. Tetapi kami ke cawangannya berhampiran dengan UTEM dan MITC.
Kalau ke Melaka jangan lupa singgah di restoran ini. Kalau ke umbai bukan sahaja ikan bakarnya agak mahal tetapi jauh dan petrol melayang. Cuba singgah di sini. Kalian akan teruja dengan harga makanan yang ditawarkan! Terdapat pelbagai lauk pauk...andai pasti terliur hehehe.

Suasana di dalam restoran pula amat kondusif. Selesa dan interior yang tidak terlalu padat. Layar besar tv pula tersedia. Sebelah malam juga ada terjual pelbagai jenis tebaran roti termasuk roti canai dan murtabak. Terdapat juga hidangan makan malam buffet seperti makan tengahari. Selain ala carte seperti kebiasannya.
Habis ikan kena ratah! Menepati tagline yang terdapat di papan tanda restoran ini;PASTI TINGGAL TULANG!
Restoran Ikan Bakar Malim
No 2 & 4, Jalan TU 40
Taman Tasek Utama
75460 Ayer Keroh, Melaka.
Tel: 06-2324234
Sumber : http://www.bluehikari.com , terima kasih :-)

Bustel Klebang Melaka

MENGINAP DI BUSTEL KLEBANG MELAKA

Kalau korang tercari-cari idea unik dan menarik untuk bawa anak-anak bercuti di hujung
tahun ini, apa kata ke Melaka Bandaraya Bersejarah? Cuba try test BUSTEL di 
Dataran 1 Malaysia, Klebang. Pasti tertarik-menarik-kau pasti da bom!

Kalau ke Dataran 1 Malaysia Klebang pasti akan nampak Bustel ini..


Apakah itu BUSTEL?
BUSTEL adalah hotel yang dihasilkan daripada bas-bas terpakai dari negeri Melaka
ni. Bas sudah diubahsuai dengan cantik. Ada katil dan bilik air sama seperti hotel
biasa. Cuma bezanya ianya adalah bas sebenar!


Sebahagian deretan bas mini terpakai yang diubahsuai menjadi hotel penginapan
Lokasi?
Bustel terletak di Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang Melaka. Ia adalah pantai tambak 
yang dihasilkan oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan lagi kemajuan pelancongan 
di negeri Melaka.

Harga sewaan?
Hari biasa (work days) = RM80/night.
Hujung minggu dan cuti umum = RM120/night.
Sebiji bas memuatkan 2 buah bilik. So kalau korang nak sewa sebuah bas sekaligus, darab 2 jer..

Saya diberitahu oleh Pengurus Bustel bahawa dalam 1 bilik hanya dibenarkan 2 oang 
dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Ketika saya di sana, saya tidak berkesempatan 
untuk menginap di Bustel sebab dah fully booked. Katanya, bustel memang
selalu fully-booked, terutamanya di hujung minggu dan cuti umum. Katanya 
pada hujung minggu, jumlah pengunjung boleh melebihi 10,000 orang! 
So kalau korang nak merasa tidur dalam bas, kenalah book awal-awal, ok!

 Reception Office - di sinilah kami bertanya itu-ini-begitu-begini dengan Pengurus Bustel

Berhampiran dengan Bustel ada Bus Cafe, iaitu gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai 
makanan 'street food'. So, pengunjung memang takkan bosan di sini. Boleh piknik di
 tepi pantai klebang yang pasir tambaknya masih putih mulus sambil menikmati
 cendol atau coconut shake. Kalau tak nak piknik di pantai, boleh juga makan
 dalam bas itu sendiri. Ada disediakan meja makan sebiji macam dalam kedai makan tu.


Cocounut shake di sini memang yummy!

Ada banyak pilihan makanan untuk semua pengunjung
Di sini disediakan kemudahan bilik air yang juga dibuat daripada bas terpakai. Kos 
sekali masuk ialah 30sen/seorang. 
 Tandas yang bersih; depan untuk lelaki dan belakang untuk perempuan
Di Dataran 1 Malaysia Klebang ini juga ada beberapa aktiviti menarik yang boleh 
dilakukan bersama anak-anak seperti main layang-layang. Ada banyak bus shop yang
 jual layang-layang pelbagai design. So anak-anak takkan boring. Ataupon main ATV 
yang boleh di sewa di sana.

 Lepak-lepak minum cendol sambil menikmati udara Selat Melaka yang nyaman..

So, apa kata ke Melaka bawa anak-anak di hujung minggu atau cuti sekolah nanti. 
Memang seronok. Selain daripada Pantai Klebang ni, ada banyak lagi tempat menarik. 

Sumber info dari : http://cutifamili.blogspot.com/2014 , terima kasih :-)