Kampung Morten @ Pusat Bandar @ River Cruise Melaka

Catatan ini sekadar berkongsikan pengalaman setengah jam berjalan di waktu malam ke Kampung Morten yang sebelum ini selalu dilihat dari jauh ketika balik bercuti di Melaka. 

Tak pernah sekalipun sebelum ini berjalan-jalan ke sini malah kunjungan yang ini pun rasanya amat singkat untuk menjelajah sepenuhnya. 

Insyallah lain kali balik bercuti ke sini, saya akan cuba cari luangan masa untuk berjalan di waktu siang pula ke sini. 

Kampung Mortem terletak di tebing Sungai Melaka dan terletak berada di tengah bandaraya Melaka. Dari Jalan Bunga Raya anda boleh menemui kampung ini selepas melalui persimpangan Hotel Majestic atau berhadapan dengan Kampus Bandar Uitm Melaka.

Kampung Morten ini merupakan perkampungan melayu seawal pembukaanya oleh Datuk Haji Hashim dan dua sahabatnya iaitu Abdullah Maarof dan Pak Khalil kalau tak silap sumber maklumatnya seawal 1923. 

Kampung Moertem sebenarnya hanyalah kawasan rendah berpaya bakau yang berada bersebelahan tebing Sungai Melaka. Berkeluasan terkini seluas 5.02 hektar dan mempunyai 120 buah tapak rumah tradisional dinamakan bersempena nama Persuruhjaya Tanah dan Hasil iaitu MJ Morten.
gambar pinjam
Antara sebab yang dikatakan namanya diambil sebagai nama kampung ini setelah salah seorang penduduk kampung ini berjumpa dengannya untuk meminjamkan RM 10,000 untuk membeli kampung ini dari pemilik asal dan sebagai menghargai pinjaman tersebut, namanya diabadikan di sini. 

Kampung ini telah diwartakan sebagai warisan dan Kerajaan Melaka telah mengambil peranan memulihara semula perkampungan ini dengan identiti asalnya untuk tujuan warisan dan perlancongan. 

Rekabentuk rumahnya adalah rumah senibina tradisional Melaka dengan bumbung dan tangga yang unik. Untuk lebih keseragaman, senibina rumah-rumah di sini dibaik pulih dan dicat dengan warna yang sama.

Di waktu malam, lampu-lampu dipasangkan di setiap rumah untuk menyerlahkan senibina dan mencantikan lanskap perkampung ini bagi tarikan pengunjung. Kosnyadi biayai oleh kerajaan negeri. 

Jika anda menaiki river cruise, anda pasti teruja apabila menyusuri perkampungan ini dari air. Lengkapkan dengan berhenti dan menjelajah kawasan perkampungan ini.


Di sini anda boleh melawat Villa Sentosa yang dihuni oleh waris Datuk Haji Hashim dan juga beberapa rumah persingahan yang memiliki galeri tersendiri.

Untuk seterusnya, saya kongsikan gambar waktu malam yang sempat saya rakamkan di sekitar kampung ini serta sedikit tips yang mungkin boleh anda gunakan nanti:

Untuk melihat dan memasuki ke Villa Sentosa dan juga rumah-rumah contoh di sini, anda harus melakukan lawatan pada waktu siang. Contohnya rumah merdeka ini juga. 


Anda boleh memandu ke sini melalui Jalan ke Plaza Hang Tuah dan membelok ke sebelah kiri untuk ke kampung ini. Atau anda boleh meletak kenderaan di kawasan seberang sungai yang bersesuain sebelum menyeberang ke kampung ini melalui jambatan yang disediakan. 

Anda boleh menaiki river cruise dan minta diturunkan di jeti kampung ini dan naik semula river cruise selepas selesai melawat kampung ini di mana-mana jeti di sini. Lambai kepada pemandu river cruise tersebut.


Jika anda ingin berjalan kaki atau menaiki basikal, anda boleh memulakannya di Pirate Park yang terdapat dengan menyusuri laluan pejalan kaki ataupun tebing sungai ini. 

Anda boleh menyeberangi jambatan pejalan kaki untuk ke sini. 

Jika anda ke sini dengan kenderaan, pastikan anda meletak kenderaan dengan sebaik mungkin dan bertimbangrasa kerana ini adalah 'living museum' di mana terdapat pemilik rumah dan penghuni yang lain yang tinggal di sini dan memerlukan pergerakan yang bebas. 

Mereka telah berkorban untuk berkongsikan keunikan kampung dan warisan nenek moyang mereka untuk anda dan pelancong yang lain. Jangan dibebankan mereka dengan sikap anda meletak kenderaan yang menyekat laluan mereka. 
Dari sini anda boleh menaiki river cruise ke bandar hilir dan destinasi yang lain.


Selebihnya, anda perlu mengalaminya sendiri dengan mengunjungi perkampungan yang unik ini. 

Sumber: mrkumai.blogspot.com

Venice di Sungai Melaka

Dengan jumlah kehadiran pelancong yang semakin besar, Melaka kini mengatur pelbagai perancangan untuk meningkatkan kemudahan hospitalitinya.



SLOGAN Melawat Melaka Bersejarah bererti Melawat Malaysia yang menjadi tagline promosi berkaitan. Ia banyak membantu usaha kerajaan meningkatkan industri pelancongan di negeri bersejarah itu.
Kebanjiran pelancong seramai enam juta di negeri ini pada tahun lalu telah membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negeri, menjana peluang pekerjaan, perniagaan dan menambah pendapatan rakyat.
Pelancong yang datang dianggarkan berbelanja sejumlah RM3 bilion iaitu 31 peratus untuk tempat tinggal, 22 peratus bagi membeli-belah dan 17 peratus untuk makan-makan.
Pada tahun ini, kerajaan negeri mensasarkan 6.8 juta pelancong dengan anggaran mereka akan berbelanja sebanyak RM3.4 bilion manakala menjelang tahun 2010, sasarannya ialah 8.2 juta pelancong.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, bagi memastikan sektor pelancongan terus berkembang pesat untuk kemakmuran rakyat, kerajaan negeri Melaka sedang membina beberapa projek baru yang mampu memberi impak tinggi kepada sektor berkenaan.
Beliau berkata, kerajaan sedang membangunkan Sungai Melaka sebagai sumber pertumbuhan baru dengan keseluruhan kos RM320 juta yang apabila siap sepenuhnya kelak, ia setanding dengan Sungai San Antonio di Amerika Syarikat yang terkenal dengan kebersihan dan keindahannya.
Beberapa projek 'value added' akan dibina di sepanjang tebing Sungai Melaka antaranya pembinaan Hotel Butik Casa Del Rio bernilai RM85 juta, Ferris Whell, Viking Ship dan Trampoline Bunggy bernilai RM3.3 juta, kincir air bernilai RM1.5 juta, kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) bernilai RM35 juta dan marina berharga RM25 juta.
Projek lain ialah pembinaan Menara Berputar Taming Sari di Bandar Hilir bernilai RM24 juta yang akan beroperasi Mac ini, Planetarium dan Melaka International Bowling Centre masing-masing bernilai RM20 juta dan Rumah Batik berharga RM4 juta kesemuanya akan dibina di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.

SUNGAI MELAKA dinaik taraf agar setanding dengan kehebatan Sungai San Antonio di Amerika Syarikat.


Mohd Ali meminta rakyat memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak projek pelancongan berimpak tinggi yang melibatkan bantuan peruntukan dari kerajaan pusat dapat dilaksanakan di negeri ini.
Kerajaan negeri Melaka melalui Bahagian Promosi Pelancongan, Tourism Malaysia Melaka, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Melaka dan agensi-agensi berkaitan sentiasa meningkatkan usaha menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan yang terunggul di rantau ini.
Melaka juga kerap dipilih menjadi tuan rumah kepada acara peringkat kebangsaan dan antarabangsa, yang membantu menarik pengunjung ke negeri ini.
Pada tahun ini, beberapa acara pelancongan utama akan terus dianjurkan termasuk Melaka Tourism Street Carnival di Hang Tuah Mall, Melaka International Regatta 2008, Pesta Sungai Melaka, Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Karnival Udara Antarabangsa Melaka, Melaka International Tourism Show, Light Up Celebration, Raptor Watch, Pesta Gendang Nusantara, Larian Antarabangsa Melaka Bandaraya Bersejarah, Pesta San Pedro serta Festival Songket dan Batik.
Katanya, kerajaan negeri memberi penekanan kepada program pelancongan bertaraf antarabangsa untuk menarik minat pelancong bukan saja dari segi kuantiti malahan kualiti.
"Kerajaan negeri sedang berusaha mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) agar Melaka disenaraikan sebagai kota warisan dunia dan berharap memperoleh pengiktirafan itu selewat-lewatnya Ogos depan.
"Dengan pengiktirafan tersebut, Melaka akan terus terkenal sebagai destinasi pelancongan utama luar negara," katanya.
Untuk menyokong usaha tersebut, kerja-kerja penyelidikan dan arkeologi Tembok Kota Melaka sedang giat dilaksanakan melalui peruntukan Kerajaan Pusat berjumlah RM12.8 juta.
Di samping kaya dengan produk pelancongan berunsurkan sejarah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga zaman penjajah, pelbagai produk pelancongan lain turut dibangunkan untuk memberi kepuasan kepada pelancong.
Ini termasuk pusat rekreasi, Taman Buaya, Taman Mini Malaysia dan ASEAN, Taman Rama-Rama, Taman Merak dan Burung Melaka, Taman Seribu Bunga dan Zoo Melaka.
Selain itu, terdapat lebih 20 buah muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka dan swasta yang sentiasa menanti pelawat dari seluruh dunia.
Melaka juga umpama 'syurga membeli-belah' dengan ribuan premis perniagaan dari gerai hingga pasar raya besar.
Penginapan tidak menjadi masalah kerana setakat ini, terdapat 5,096 bilik hotel, bilik resort (2,458), bilik Chalet (484) dan bilik homestay (136). - Bernama
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0222&pub=kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz2jfPWX6rK
Hakcipta terpelihara 

Selamat Datang Ke Homestay Ayer Keroh Permai Melaka

"Selamat Datang Ke Homestay Ayer Keroh Permai Melaka"

Sirih berlipat sirih pinang 
Sirih dari Pulau Mutiara 
Pemanis kata selamat datang 
Awal Bismillah pembuka bicara 


Tetak buluh panjang suluh 
Mari jolok sarang penyengat 
Angkat doa jari sepuluh 
Doa minta biar selamat 


Tuailah padi antara masak 
Esok jangan layu-layuan 
Intailah kami antara nampak 
Esok jangan rindu-rinduan 


Hendak dulang diberi dulang 
Dulang berisi sagu mentah 
Hendak pulang ku beri pulang 
Tinggalkan pantun barang sepatah 


Lancang kuning lancang pusaka 
Nampak dari Tanjung Puan 
Kalau kering laut Melaka 
Barulah saya lupakan tuan 

Ruang Hadapan & Tepi Homestay














Ruang Tamu








Ruang Makan & Santai


















Ruang Dapur & Masak





Washing Machine Baru Sampai -Fully Auto



Bilik 1








Bilik 2









Bilik 3






Bilik 4





Tempat Permaianan Kanak-Kanak




Kawasan Rekreasi & Rehat Belakang Homestay (walking distance sahaja)










"Selamat Datang Ke Homestay Ayer Keroh Permai Melaka"


ASSALAMUALAIKUM W.B.T/لسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُL


KEMUDAHAN HOMESTAY TERKINI,SELESA,LUAS, HIJAU DENGAN TUMBUHAN MENGHIJAU SERTA SANGAT STRATEGIK BERDEKATAN DENGAN LOKASI2X MENARIK AND PENTING DI NEGERI MELAKA, ANTARANYA

 
- 1.5KM KE MITC/MYDIN AYER KEROH
- 3.5KM KE ZOO MELAKA
- 1.5KM KE MMU MELAKA
- 5.0KM KE JAYA JUSCO
- 3.5KM KE MELAKA WONDERLAND
- LOKASI HOMESTAY T'LETAK BERSEBELAH TAMAN PERMAINAN <SEBELAH RUMAH SAHAJA> DAN KAWASAN REKREASI SUNGAI B'GAZEBO<BOLEH MEMANCING, SEBELAH RUMAH JUGA>

JENIS RUMAH: RUMAH TERES DUA(2) TINGKAT (CORNER LOT), 24 X 75 SQ.FT.

ALAMAT: NO28, JALAN AKP 2, TAMAN AYER PERMAI AYER KEROH MELAKA (BERHADAPAN IPK MELAKA)

RUANG TIDUR: 4 BILIK TIDUR
- MASTER BEDROOM; KING SIZE KATIL; DI LENGKAPI KIPAS DAN  PENGHAWA DINGIN
-BILIK TIDUR 2; KING SIZE KATIL; DI LENGKAPI KIPAS DAN PENGHAWA DINGIN
-BILIK TIDUR 3; 2 SINGLE SIZE KATIL, DI LENGKAPI KIPAS DAN PENGHAWA DINGIN
-BILIK TIDUR 4; KING SIZE KATIL; DI LENGKAPI KIPAS.

KEMUDAHAN: RUANG TAMU MENARIK,ASTR0 NJOI,MEsin basuh fully auto,MEJA MAKAN (8 KERUSI),CEREK, PETI SEJUK,PINGGAN MANGKUK, SUDU GARPU, SEJADAH,IRON + IRON BOARD, KEMUDAHAN MEMASAK, PARKING AREA SANGAT BANYAK ETC

CHECK OUT 12 TENGAHARI)


Nota:
1) Maaf untuk kegunaan guest Muslim sahaja
2) Check Out jam 12 tengahari
3) Check In jam 2pm , check in awal di benarkan andai tiada guest check in sebelum itu :-)

PHOTO2 RUMAH






 PETA KE HOMESTAY
GPS Coordinate: 2.260119 north ; 102.2765 east

  UNTUK TEMPAHAN/PERTANYAAn SILA HUBUNGI (BOLEH WHATSUP JUGA )


hafiz : 0136224985
PN FARHANA: 0125476242
PN ZAFFURA: 0136822276