Catatan
ini sekadar berkongsikan pengalaman setengah jam berjalan di waktu
malam ke Kampung Morten yang sebelum ini selalu dilihat dari jauh ketika
balik bercuti di Melaka.
Tak pernah
sekalipun sebelum ini berjalan-jalan ke sini malah kunjungan yang ini
pun rasanya amat singkat untuk menjelajah sepenuhnya.
Insyallah lain kali balik bercuti ke sini, saya akan cuba cari luangan masa untuk berjalan di waktu siang pula ke sini.
Kampung Mortem
terletak di tebing Sungai Melaka dan terletak berada di tengah bandaraya
Melaka. Dari Jalan Bunga Raya anda boleh menemui kampung ini selepas
melalui persimpangan Hotel Majestic atau berhadapan dengan Kampus Bandar
Uitm Melaka.
Kampung Morten
ini merupakan perkampungan melayu seawal pembukaanya oleh Datuk Haji
Hashim dan dua sahabatnya iaitu Abdullah Maarof dan Pak Khalil kalau tak
silap sumber maklumatnya seawal 1923.
Kampung Moertem
sebenarnya hanyalah kawasan rendah berpaya bakau yang berada
bersebelahan tebing Sungai Melaka. Berkeluasan terkini seluas 5.02
hektar dan mempunyai 120 buah tapak rumah tradisional dinamakan
bersempena nama Persuruhjaya Tanah dan Hasil iaitu MJ Morten.
gambar pinjam |
Antara sebab
yang dikatakan namanya diambil sebagai nama kampung ini setelah salah
seorang penduduk kampung ini berjumpa dengannya untuk meminjamkan RM
10,000 untuk membeli kampung ini dari pemilik asal dan sebagai
menghargai pinjaman tersebut, namanya diabadikan di sini.
Kampung ini
telah diwartakan sebagai warisan dan Kerajaan Melaka telah mengambil
peranan memulihara semula perkampungan ini dengan identiti asalnya untuk
tujuan warisan dan perlancongan.
Rekabentuk
rumahnya adalah rumah senibina tradisional Melaka dengan bumbung dan
tangga yang unik. Untuk lebih keseragaman, senibina rumah-rumah di sini
dibaik pulih dan dicat dengan warna yang sama.
Di waktu malam,
lampu-lampu dipasangkan di setiap rumah untuk menyerlahkan senibina dan
mencantikan lanskap perkampung ini bagi tarikan pengunjung. Kosnyadi
biayai oleh kerajaan negeri.
Jika anda
menaiki river cruise, anda pasti teruja apabila menyusuri perkampungan
ini dari air. Lengkapkan dengan berhenti dan menjelajah kawasan
perkampungan ini.
Di sini anda
boleh melawat Villa Sentosa yang dihuni oleh waris Datuk Haji Hashim dan
juga beberapa rumah persingahan yang memiliki galeri tersendiri.
Untuk
seterusnya, saya kongsikan gambar waktu malam yang sempat saya rakamkan
di sekitar kampung ini serta sedikit tips yang mungkin boleh anda
gunakan nanti:
Untuk melihat
dan memasuki ke Villa Sentosa dan juga rumah-rumah contoh di sini, anda
harus melakukan lawatan pada waktu siang. Contohnya rumah merdeka ini
juga.
Anda boleh
memandu ke sini melalui Jalan ke Plaza Hang Tuah dan membelok ke sebelah
kiri untuk ke kampung ini. Atau anda boleh meletak kenderaan di kawasan
seberang sungai yang bersesuain sebelum menyeberang ke kampung ini
melalui jambatan yang disediakan.
Anda boleh
menaiki river cruise dan minta diturunkan di jeti kampung ini dan naik
semula river cruise selepas selesai melawat kampung ini di mana-mana
jeti di sini. Lambai kepada pemandu river cruise tersebut.
Jika anda ingin
berjalan kaki atau menaiki basikal, anda boleh memulakannya di Pirate
Park yang terdapat dengan menyusuri laluan pejalan kaki ataupun tebing
sungai ini.
Anda boleh menyeberangi jambatan pejalan kaki untuk ke sini.
Jika anda ke
sini dengan kenderaan, pastikan anda meletak kenderaan dengan sebaik
mungkin dan bertimbangrasa kerana ini adalah 'living museum' di mana
terdapat pemilik rumah dan penghuni yang lain yang tinggal di sini dan
memerlukan pergerakan yang bebas.
Mereka telah
berkorban untuk berkongsikan keunikan kampung dan warisan nenek moyang
mereka untuk anda dan pelancong yang lain. Jangan dibebankan mereka
dengan sikap anda meletak kenderaan yang menyekat laluan mereka.
Dari sini anda boleh menaiki river cruise ke bandar hilir dan destinasi yang lain.
Selebihnya, anda perlu mengalaminya sendiri dengan mengunjungi perkampungan yang unik ini.
Sumber: mrkumai.blogspot.com
No comments:
Post a Comment