Bagi aku ..di sini, melengkapi lokasi pilihan untuk potret jalanan...
Pada
era 1980-an, tiada lokasi yang paling ideal untuk membeli-belah selain
di Kampung Jawa. Betapa hebatnya kampung yang sarat dengan ceritera
purba itu, emporium seperti The Store dan Madam Kings yang radiusnya
cuma beberapa kilometer yang wujud ketika itu, tidak mampu mengalahkan
populariti Kampung Jawa.
Kunjungan
orang ramai pada musim-musim tertentu di Kampung Jawa penuh
warna-warni. Jeritan kanak-kanak yang meraung tatkala permintaan mereka
untuk membeli baju atau kasut yang tidak diendahkan oleh ibu bapa,
adalah pemandangan biasa .
Destinasi
klasik Memori yang tersimpan hampir dua dekad lalu itu sesungguhnya
tidak mampu dilenyapkan begitu saja. Kunjungan semula penulis ke
destinasi klasik itu minggu lalu, sememangnya membangkitkan nostalgia.
Kedai
yang terletak di pintu masuk dan menjadi singgahan utama keluarga
penulis masih tetap ada dan tidak banyak berubah. Peniaga wanita yang
melayan kami dulu masih kelihatan walaupun dia sudah nampak uzur.
Perbezaan ketara ialah jumlah kedai di Kampung Jawa makin berkurangan.
Benar,
Kampung Jawa melalui Jalan Kee Ann atau dikenali Bazar Kampung Jawa
hanyalah deretan gerai lama dan bangunan papan yang berusia hampir
separuh abad.
Namun, sama ada percaya atau tidak, rekaan pakaian baju kurung atau baju Melayu mengikut trend semasa.
Malah, jenis kain yang ditawarkan bukan sebarangan sebaliknya ada pengusaha yang mengimportnya dari China, India dan Itali.
"Kami
menjahit semua pakaian ini sendiri dan rekaannya mengikut peredaran
zaman dan materia fabrik yang berkualiti," kata pasangan adik-beradik
Syafiqah Sulaiman, 27, dan Syarina Sulaiman, 24. Kedua-duanya
mengusahakan kedai pakaian yang diwarisinya daripada datuknya, Omar
Ismail, 86, di Kampung Jawa sejak 34 tahun lalu.
Meskipun
masing-masing mempunyai Diploma Informasi Teknologi dan Diploma Fesyen
dari Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) yang membolehkan mereka
melebarkan sayap kerjaya, namun kedua-duanya memilih untuk meneruskan
perniagaan yang diwarisi daripada generasi ke generasi.
Syafiqah
memberitahu, pada musim raya kali ini, dia menyediakan lebih 2,000
pasang baju Melayu dan baju kurung untuk wanita. Mereka juga turut
menjual jubah, pakaian sekolah, kelengkapan haji termasuk kelengkapan
kematian.
Sambung Syarina : "Menariknya di Kampung Jawa ini, kami menyediakan pakaian yang sedondon untuk ibu, bapa dan anak-anak.
"Biasanya itulah yang orang akan cari kalau datang ke sini."
Seorang lagi peniaga, Sulaiman Omar, 47, berkata, rezekinya mencurah-curah setiap kali Ramadan.
Perniagaan kainnya bukan saja menarik pengunjung tempatan malah ada yang datang jauh dari Singapura.
Disebabkan sudah lebih tiga dekad berniaga, dia diberi kepercayaan untuk menyediakan baju kurung yang ditempah secara borong.
Tawar-menawar
Kampung
Jawa yang terletak di sepanjang Sungai Melaka dan berusia hampir 60
tahun itu memiliki apa sahaja yang diperlukan oleh orang ramai.
Bukan
saja soal pakaian malah kelengkapan bilik tidur sehinggalah kepada
perkakasan dapur, terompah, barangan kemas, kuih-muih dan hiasan rumah
seperti langsir serta permaidani, turut dijual di Kampung Jawa.
Mohd. Aiman Mohd. Ali, 23, misalnya telah menjual gubahan bunga di kaki lima Kampung Jawa sejak 12 tahun lalu.
"Bunga-bunga saya semuanya bawah RM100, jangan risau, kita boleh tawar lagi," katanya.
Peniaga
pelbagai jenis corak langsir dan permaidani, Ah Seng, 50-an memberitahu
penulis, proses tawar-menawar yang dipraktikkan sejak dulu lagi
menjadikan destinasi itu disukai ramai.
"Untung tak banyak tapi asalkan orang ramai gembira, kita pun gembira," katanya ringkas.
Seorang pelanggan, Sharifah Aishah Syed Dahlan, 43, berkata, dia akan datang ke Kampung Jawa setiap hari Jumaat.
"Bukan
saja pada musim Ramadan, setiap hari Jumaat saya akan datang dan tak
sah kalau tak beli apa-apa," katanya yang baru saja membeli baju Kedah.
Rakannya yang mahu dikenali sebagai Mak Mah berkata, Kampung Jawa merupakan singgahan wajibnya pada Hari Raya Aidilfitri.
"Rasa lainlah kalau tak datang sini," katanya sambil tertawa kecil.
Meskipun
Kampung Jawa pernah dikhabarkan akan bertukar wajah menjadi sebuah
perkampungan Arab, lebih daripada 100 pengusaha berharap mereka akan
diberi peluang untuk meneruskan perniagaan di situ sampai bila-bila.
"Antara kami dan Kampung Jawa ibarat irama dan lagu yang mustahil untuk dipisahkan," kata Sulaiman. -
Sumber: mrkumai.blogspot.com
No comments:
Post a Comment