Senarai Muzium Di Melaka

Muzium Samudera

Muzium samudera fasa 1 dibina pada awal tahun 1990 berdasarkan sebuah replica Kapal Portugis yang bernama Flor De La Mar
Majlis Perasmian muzium ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. Replika kapal perang ini mempunyai ruang yang besar serta luas dengan ukuran 110 kaki panjang dan 22 kaki lebar. Saiz sebenar kapal adalah lebih besar iaitu 170 kaki panjang dan 30 kaki lebar yang boleh menempatkan 1,000 orang anak kapal dengan muatan maksimum sehingga 1,000 tan.


Muzium Samudera Fasa 2

Muzium Samudera fasa 2 merupakan kesinambungan dari penubuhan Muzium Samudera fasa 1. Bangunanya adalah bekas sebuah gudang lama Guthrie yang telah dibaikpulih oleh Jabatan Kerja raya (JKR) Malaysia. yang terletak bersebelahan replica kapal ‘Flor de La Mar’. Ruang pamerannaya menggunakan teknologi audio dan pencahayaan khas yang moden dangan tema-tema yang berkaitan dengan dunia maritime.


Muzium TLDM

Muzium yang dahulunya terletak di Pengkalan TLDM di Lumut kini telah berpindah ke Melaka bagi memberi peluang kepada orang ramai mengunjungi dan mendapatkan maklumat tentang sejarah, peranan dan sumbangan serta aktiviti-aktiviti TLDM. Muzium ini dibuka pada 28 Oktober 1995.
gotomelaka.blogspot.com


Muzium Yang di-Pertua Negeri Melaka

Sejarah dan perkembangan institusi Yang di-Pertua kini terpahat didalam sebuah bangunan indah yang dahulunya dikenali sebagai Sri Melaka. Sebelum ini telah dijadikan muzium, tetapi telah menjadi kediaman rasmi dan pejabat TYT sehingga 1996. Kegunaan asal ruang-ruang di muzium ini dikekalkan dengan mempamerkan berbagai koleksi milik setiap Yang di Pertua Negeri.


Galeri Ketua Menteri Melaka

Galeri Ketua Menteri Melaka dibuka pada 1 Februari 2007. Galeri ini merupakan cadangan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Tujuan galeri ini dibina adalah untuk menghargai segala sumbangan daripada bekas-bekas Ketua Menteri dalam usaha membangunkan Melaka. Galeri ini juga menjadi pusat rujukan utama institusi Ketua Menteri yang berperanan penting dalam konteks memajukan negeri Melaka. 
-Galeri ini dibuka pada setiap hari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. 
Masuk adalah PERCUMA.


Muzium Al-Quran Melaka

Muzium Al-Quran Melaka menjadi sebuah lagi mercu tanda kegemilangan syiar Islam di Melaka. Bertempat di bangunan fasa 2 Kompleks Al-Azim, Bukit Palah. Muzium ini memperagakan sejarah penurunan wahyu pertama hingga kepada perkembangan Islam di Zaman Rasulullah S.A.W.


Muzium Belia Malaysia

Muzium Belia Malaysia terletak di No.430, Jalan Laksamana. Bangunan muzium ini pernah dijadikan rumah paderi pada zaman Belanda, Sekolah Tinggi dan Pejabat Pos Besar Melaka. Kini fungsinya elah bertukar kepada sebuah muzium yang mendokumentasikan kegiatan belia melalui bahan-bahan dan matlamat berkaitan aktiviti belia di Malaysia dan antarabangsa.


Balai Seni Lukis Melaka  

Balai Seni Lukis Melaka ditempatkan di aras satu, Bangunan muzium belia Malaysia. Galeri ini mempamerkan sejumlah 150 judul lukisan serta arca dari pelbagai media dan tema hasil karya artis-artis terkemuka tanah air dan luar Negara. Semua hasil seni yang dihimpunkan di balai ini mejadi destinasi terbaik untuk menghayati penghasilan seni.


Muzium Sejarah dan Etnografi

Muzium Sejarah dan Etnografi ditempatkan di Bangunan Stadthusys yang dibina pada zaman pemerintahan Belanda pada tahun 1645. Muzium sejarah mempamerkan tentang sejarah awal penubuhan Melaka, zaman penjajahan Portogis, Belanda, Inggeris, dan Jepun sehingga Negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Muzium Ethnografi di aras bawah, memberikan penekanan khusus kepada corak kehidupan masyarakat tempatan yang berbilang bangsa. Antara yang dipamerkan adalah adat istiadat perkahwinan, cara kehidupan seharian, bentuk pertanian serta pelbagai peralatan yang digunakan oleh masyarakat Melaka.


Galeri Laksamana Cheng Ho

Galeri Laksamana Cheng Ho diilhamkan daripada kisah tokoh pelayar agung China iaitu Laksamana Cheng Ho (Zheng He) yang telah dilahirkan pada tahun 1371 di Hodai, sebuah kampong di daerah Bao San di Yunan. Galeri ini memaparkan kisah pelayaran beliau serta kejayaan menjalinkan hubungan diplomatik serta perdagangan diantara kerajaan China dengan negara-negara Asia dan Afrika. Koleksi bahan pameran terdiri daripada porselin, replica kapal, koleksi buku dan artikel-artikel berkaitan tokoh pelayar agung tersebut.
gotomelaka.blogspot.com

Muzium Pendidikan

Bangunan yang menempatkan Muzium Pendidikan Melaka telah dibina oleh British pada tahun 1884. Fokus fokus utama muzium ini adalah berkaitan dengan pendidikan di zaman pendudukan Jepun, pendidikan selepas merdeka serta pendidikan masa kini termasuk peranan institusi perguruan dan pejabat pelajaran negeri Melaka dalam memancu kemajuan pendidikan negeri.


Muzium Sastera

Bangunan bercirikan seni bina Inggeris ini telah dijadikan sebagai muzium sastera dan dirasmikan pembukaannya pada tahun 1984. Sejarah penulisan dan pengkaryaan bermula dari era awal penulisan, cerita-cerita rakyat, karya-karya agung, Malaysia dan perkembangan kesusasteraan Melayu Moden, menjadi fokus utama muzium ditambah lagi dengan pameran pelbagai koleksi asal manuskrip tulisan tangan, lukisan-lukisan lama dan juga koleksi karya penulisan penulis tempatan.


Muzium Pemerintahan Demokrasi

Bangunan Dewan Undangan Negeri Melaka telah disempurnakan perletakan batu asasnya oleh Gabenor Tuan Yang Terutama Tun Abdul Malek Yusof pada Ogos 1961. Kini fungsinya telah bertukar kepada sebah muzium yang mempamerkan sejarah pemerintahan di Malaysia termasuk amalan demokrasi.


Muzium Islam Melaka

Muzium Islam Melaka telah ditempatkan di bangunan lama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Bangunan ini adalah tingalan warisan Belanda yang kini reka bentuk dalamannaya disesuaikan dengan konsep imbasan era kegemilangan Islam di Melaka dan nusantara. Antara koleksi yang dipamerkan adalah replica Al-Quran terawal, sejarah masjid, replica pedang Rasulillah S.A.W.
gotomelaka.blogspot.com

Muzium Rakyat

Muzium Rakyat di Bandar Hilir Melaka adalah bangunan tiga tingkat yang pernah menjadi Pejabat Pentadbiran Majlis Perbandaran Melaka Tengah (MPMT) dan telah dijadikan Muzium Rakyat oleh Perbadana Muzium Melaka (PERZIM). Ianya meliputi Muzium Kecantikan, Muzium Layang-layang dan Galeri 3D Vision.


Muzium Kecantikan

Muzium Kecantikan di aras dua dibuka kepada orang ramai pada tahun 1996. Bahan pameran yang dipamerkan adalah mengenai perubahan kekal pada tubuh badan untuk kelihatan cantik, seperti rajahan pada kulit atau tatu, pemakaian piring bibir, melonjongkan kepala dan membedung kaki.

Muzium Layang-Layang

Muzium Layang-layang telah dirasmikan pembukaannya pada tahun 1995. Para pengunjung akan terpegun dengan paparan tentang sejarah bermulanya permainan layang-layang di seluruh dunia sebagai alat komunikasi, sukan di waktu lapang digunakan semasa peperangan. Turut dipamerkan adalah pelbagai jenis Wau Bulan yang terkenal di Terengganu danKelantan.


Galeri 3D

Galeri 3D yang mempamerkan sejarah awal kewujudan Melaka dan sejarah penjajahan Portugis, Belanda, dan Inggeris di Melaka sehingga kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Ianya turut mempamerkan persembahanwarisan sejarah dengan cara teknologi yang berkonsepkan 3D Vision untuk tatapan generasi kini.


Muzium Setem Melaka

Setem merupakan asset yang sangat berharga dari segi kesenian, kewangan dan sejarah kepada yang menghargainya. Penggemarnya akan membelanjakan banyak wang, tenaga dan masa bagi memastikan setem-setem yang jarang ditemui, kerana telah lama tidak diterbitkan, berada dalam simpanan mereka. Mengikut sejarah Setem dicipta bagi memudahkan bayaran bagi surat dan bungkusan yang dihantar melalui system pos milik kerajaan.
www.gotomelaka.blogspot.com


Muzium Dunia Melayu Dunia Islam

Muzium Dunia Melayu Dunia Islam terletak di bangunan Bastion House, Jalan Kota Melaka. Bangunan ini dibina pada zaman pemerintahan Inggeris bagi menempatkan pegawai dan pentadbirannya di Melaka. Muzium ini menjadi rujukan berkaitan masyarakat Melayu dari segi sosio budaya dan ekonomi. Antara koleksi yang dipamerkan adalah artifak-artifak dari Negara-negara Islam serumpun.
gotomelaka.blogspot.com

Replika Istana Kesultanan Melaka

Replika Istana Kesultanan Melaka dibina berdasarkan catatan sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan Mansur Shah. Pelawat berpeluang menambah pengatahuan berhubung institusi Kesultanan Melayu Melaka. Pelbagai model Istana Melayu turut dipamerkan disamping peragaan pelbagai koleksi pakaian tradisional, aksesori perhiasan dan peralatan tembikar.


Galeri Melaka

Galeri Melaka yang ditempatkan di Bukit Peringgit, mempamerkan gambar-gambar berkaitan era kegemilangan Melaka sejak dahulu sehingga kini. Gambar-gamber panorama Melaka dahulu dan sekarang menjadi bukti akan peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku di Melaka.


Muzium Chetti

Lokasi Muzium Chetti terletak di perkampungan Chetti, Jalan Gajah Berang, Melaka. Muzium ini amat bersesuaian dalam menarik lebih ramai pelancong ke Melaka. Muzium ini memperlihatkan kebudayaan dan adat masyarakat Chetti.


Muzium Orang Asli

Muzium yang diadaptasikan dari replica rumah orang asli yang terdapat di negara ini terletak bersebelahan Taman Buaya, Ayer Keroh. Ianya telah dibuka pada 3 Februari 1997. Antara  paparan utama adat perkahwinan dan upacara kematian masyarakat Orang Asli.
www.gotomelaka.blogspot.com


Muzium Pertanian

Penubuhan Muzium Pertanian di Bandar Jasin selaras dengan peranan daerah Jasin sebagai pengeluar utama bijih timah dan hasil pertanian yang terawal di Melaka. Ianya memaparkan sejarah dan ekonomi masyarakat tempatan. Pameran diolah melalui diorama proses aktiviti pertanian dijalankan seperti membanting padi, pembuatan gula Melaka, suasana di lading kelapa sawit.




Muzium Adat Istiadat

Muzium Adat Istiadat yang terletak di Dataran Alor Gajah, kira-kira 25 kilometer dari Bandar Melaka telah dibina berasaskan reka bentuk rumah tradisional Melayu Melaka. Pelbagai adat istiadat berhubung upacara penting seperti akad nikah dan bersanding serta pelbagai jenis pelamin.


@gotomelaka.blogspot.com

No comments:

Post a Comment