Sky Tower and Sky Deli @The Shore

Kini, terdapat satu tarikan baharu yang wajib dilawati sekiranya pengunjung bertandang ke nege­ri ini iaitu The Shore Sky Tower yang menjanjikan satu pengalaman mena­rik dan bagi mereka yang berani dan sukakan cabaran.
Terletak di tengah-tengah ban­­­­dar raya Melaka ia pastinya men­janjikan kelainan dan kepuasan maksimum kepada para pelancong dengan menikmati suasana serta pemandangan yang indah dan mengagumkan dari struktur yang berada tingkat 43.
The Shore Sky Tower juga mem­beri peluang kepada para pen­gun­jung di situ melihat pe­man­dangan 360 darjah meliputi seluruh negeri Melaka termasuk Selat Melaka dari puncak bangunan itu.
Pemandangan itu merangkumi Selat Melaka yang sangat, kawasan penambakan laut, Masjid Al-Azim, Bukit Cina, Bukit Baharu, Teng­ke­ra serta kawasan-kawasan pelan­congan di Banda Hilir dan sekitarnya dari ketinggian 153 meter.
Jika sebelum ini, orang ramai hanya melihat di kaca televisyen orang berdiri di atas kaca telus di tempat tinggi yang menguji keberanian seseorang.
Mereka yang mempunyai rasa gugup atau gayat pada ketinggian, boleh mencabar diri dengan memijak di atas kaca telus iaitu ‘observatory deck’ yang terletak sejauh hampir 3 meter kaki di ruang khas pada ketinggian 163 meter dari paras laut.
Berdiri pada dek pemerhati yang hanya berlantai dan berdindingkan kaca telus yang membuatkan se­se­orang yang berdiri di atasnya berasa seperti berada di awang-awangan.



Platform yang mampu me­nam­pung sehingga lima orang satu-satu masa itu dijamin selamat oleh pihak keselamatan dan pihak The Shore itu bagi tujuan keselamatan dan ke­se­lesaan para pengunjung.
Untuk berada pada dek pemerhati itu, pengunjung perlu menaiki lif hingga ke tingkat 41 dan kemudian ke lif kedua ke tingkat 42 selain ber­peluang melalui jalan seakan jam­batan kecil yang kelihatan terapung di udara.
Di laluan itu juga pengunjung dapat melihat kumpulan ikan koi yang berenang menerusi kolam ber­lantaikan kaca yang terdapat pada tingkat paling atas.
Ketua Pegawai Eksekutif The Sho­re, Chew Chert Fong berkata, pihaknya menerima sambutan yang sangat memberangsangkan sejak ianya dibuka kepada orang awam.
Katanya, pada hari hujung ming­gu jumlah pelancong yang datang ke Sky Tower mencecah 1,000 orang sehari selain pihaknya tidak mengehadkan masa untuk pengunjung berada di tingkat atas itu.
“Ia pasti menjanjikan satu penga­laman baharu kepada pengunjung yang datang untuk melihat pe­man­dangan 360 darjah sekitar Bandar Melaka dari dek tersebut.
“Dari lantai gelas itu para pe­ngun­jung dapat melihat bot-bot dan kenderaan melalui di bawah­nya dengan jumlah pengunjung dihad­kan pada satu-satu masa seramai lima orang walaupun had sebenar lebih daripada itu,” katanya
Chert Fong berkata, selain itu, pihak The Shore juga turut menyediakan enam buah teleskop untuk kegunaan para pengunjung untuk meninjau dengan lebih dekat kawasan yang ingin mereka lihat.
Katanya, harga yang dikenakan ke­pada pengunjung juga sangat berpatutan iaitu RM18 bagi dewasa dan RM12 bagi kanak-kanak dan kadar itu juga sama untuk war­ga­negara serta pelancong asing.
“Selain itu juga kita sudah mem­buka ‘The Sky Deli’ iaitu sebuah res­­toran di tingkat 42 dan juga ‘Sky Bar’ di tingkat 43 untuk memberi tarikan baharu kepada orang ramai menikmati pemandangan sambil bersantai.
“Dengan adanya produk pelan­cong­an seperti ini, kami percaya ia mampu menarik lebih ramai pe­lancong ke negeri ini sekali gus menjadi tarikan utama apabila ke Melaka,” katanya.
Petikan dari utusan...panjang kan..meh sy ringkas kan..refer photo2 ea

info ringkas

harga ticket :rm 18 dewasa rm 12 (3 ke 12 tahun)

tambahan rm 45 (untuk photo di observatory deck )..tokleh nak selfie secara ada pak guard abam mata2 aduhyai...



tambahan rm 5 muntuk makanan ikan hehe..boleh feed ikan makan kat atas sky tower tu nanti.

operating hour :1030 hrs  - 2200 hrs


Cara menuju ke sana (firstly waze "the shore sky tower " )

boleh makan juga di sky deli =)

credit to skytower the shore facebook =)

Bayou Lagoon Melaka: Magic Art 3D Museum

Hi all,

Sekarang ni macam kebiasaan pula kat mana2 ada aje 3D magic art ni kan..Melaka pun tak nak ketinggalan jugak.

Berikut serba sedikit info yang berguna untuk kegunaan pengunjung yang berminat untuk melawat tempat tarikan terbaru melaka ini :-)









Lokasi

Bayou Lagoon Park Resort, 75450 Kampong Bukit Katil, Melaka, Malaysia

GPS coordinate : 2.2425835,102.3057962

Waktu Lawatan dan Harga Tiket nya


Homestay ayer keroh permai tak jauh dari kawasan ni, boleh lah booking..details boleh layari homestay 1 =p




Kuih Keria Antarabangsa Melaka Limbongan (Haji Jalil )

Assalam wbt

Sedap wey kuih keria antarabangsa hj jalil limbongan ! Rm0.50 1 biji. Tapi gune pure keledek! Gune gula merah ! Sangat rangup! Sedap sangat! Nak order tunggu sampai 1 jam. Haha. Kalau makan kat kedai dapat la 2 pcs setiap orang.

Lokasi: Bersebelah masjid limbongan; GPS coordinate: 2.205929,102.219357

                      Berkilat kuih keria Hj Jalil....... Baru lepas disira dengan gula Melaka

                       Haji Jalil ..... hampir 40 tahun menjalankan  perniagaan kuih keria

                                           Waktu mula perniagaan ......  2.00pm - 7.00pm

 Premis lama kuih keria Hj Jalil..... dan sekarang sudah berpindah ke 
premis baru bersebelahan dengan masjid limbongan








Beraneka jenis kuih ade...... goreng pisang, goreng keledek, landas/rengas,
bidaran, ubi ketok, kodok pisang,popiah goreng...... dll...

Tapi menu utama di premis ini ialah Kuih Keria.....





          Ade juga menu sampingan lain seperti Laksa penang limbongan  dan Bakso.....
Rugi kalau datang ke premis Haji Jalil tak cuba rasa laksa dan bakso......



                             TYT/Gabenor Melaka datang minum petang kat premis Haji Jalil







Haji Jalil dan TYT Yang Dipetua Negeri Melaka Tun Datuk 
Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob




Suasana dalam premis yang luas dan selesa.... boleh memuatkan hampir 
100 orang pelanggan.....

Sumber dan kredit ke atas : 
1) http://sudirmanjalil.blogspot.com/ dan 
2) http://diarianakin.blogspot.com

The Shore Oceanarium

Salam semua...selamat datang ke Melaka , kalau di KLCC punya aquaria, di Melaka tak kurang hebat nya, kita punya The Shore Oceanarium.

Di sini, anda pasti akan di layan dengan sepenuh hati oleh petugas2, insyaAllah anda akan mendapat segala infomasi yang anda mahu, lagi2 the shore oceanarium ni baru je beroperasi, nanti mudah2an visitor2 ni akan jadi marketing mulut ke mulut yang sangat berkesan =)

Berikut saya sertakan butiran infomasi yang berguna untuk kawan2 yang ingin melawat ke The Shore

* Alamat dan Map : The Shore Shopping Complex, Lev 2, Jln Persisiran Bunga Raya Sungai Melaka, Melaka.


* GPS coordinate : 2.202898,102.249932

* Waktu Operasi: 1030am - 8pm

* Antara binatang laut yang bukan hanya boleh di lihat, anda jugak boleh memegang nya seperti memegang tapak sulaiman (tapi harap maklum bukan semua boleh di pegang ea hehe)

Photo: Pandangan dalam Oceanarium

Photo: Jerung boleh di lihat berenang di atas kepala anda

Akhir kata, welcome to Melaka lah eh, dari hari ke hari State Gov ngah berikhtiar nak perbanyak toursim place kat Melaka, Alhamdullilah.

Mee Goreng Hassan aka Mee Bodoh @ Tengkera Melaka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..


Ha..korang nampak tak tittle tu?..3 jenis panggil untuk sejenis mee nie. 
Kedai mee nie amatlah popular untuk sarapan pagi. Asal pergi jer mmg 
sentiasa penuh dengan orang ramai, pastu nak makan mesti kena tunggu
 meja kosong. Kalau hari minggu jangan cakap la jumlah orang ramai 
yang datang tu, bukan org melaka jer tau, pelancong pun ada jugak.

Ni adalah selengkap mee tu, cuba korang perhatikan rupanya bebetul
..teramat la simple..apa yang nampak hanya la mee kuning, taugeh, 
sambal dan timun. Dari segi rasa pulak, ikut pada lidah aku la..hehehe
..tawar jer. Mugkin sebab tu la nama dia mee bodoh kot..perasa ikut 
korg sendiri..klu suka macam tambah jer cuka kalau suka lemak masin
 tarok jer kicap atas meja tu, klu nak pedas gaulkan semua mee tu 
dengan sambal yg ada atas mee tu. Semua perasa nie ada tas meja memasing yer.
 
Selain tu, mee tu tak lengkap kalau korang makan macam tu jer, ada 
jugak set pelengkap nyer.. Iaitu telur mata. Telur mata nie pulak sama
jugak di datangkan dengan timun dan sambal. Tapi nie kita boleh letak
sendiri. Kalau tak nak sambal pun terpulang pada kita. aku tengok setiap
telur mata tu di goreng dengan minyak sambal. Sebab tu warna dia 
merah2, dan di goreng setakat beku luar jer dan kuning nyer masing 
meleleh..hehehehe..ni aku suka..

Tapi nak dapatkan telur tu kita kena beratur sendiri. Nampak tak 
barisan belakang suami tu..tu semua dok beratur tunggu telur goreng la. 
Telur bukan siap2 goreng..Dia akan goreng depan kita,..bila dah siap
 terus masuk piring dan di hulurkan kat kita. Depan tu jugak ada 
timun dgn sambal tadi umtuk di tambah.
 Ops!..minah saleh pun ada wei..dia ngah beratur ambik telur..
layan jugak tekak dia makan pedas nie, sebab aku tengok dia 
siap ambik telor dengan sambal lagi.
 Ini baru di katakan kedai makan 1 malaysia, sebab pelbagai 
bangsa ada. Memang famous la kedai nie dan mee dia tu dapat 
di terima oleh semua org termasuk pelancaong asing. Harga 
sepinggan RM1.50, pastu telor pulak sebijik RM0.80. 
Apa tak boleh nyerkan?..kekadang ada jugak gula2 percuma untuk kanak.
 Ini pulak set Iris, bila kita mintak kosong macam nie la 
rupanyer..takde sambal dan timun. Tapi pedas tetap dia 
terasa jugak. Banyak kali dia mintak minum air.

 Kedai makan nie terletak di jalan tengkera, kalau lalu waktu 
pagi ada kereta banyak kiri kanan tu..tu la dia kedai nyer. 
Rupa kedai teramat la simple.

Nota Ringkas

1) GPS coordinate: 2.2035461,102.2339757 
(Landmark: Jalan Tengkera,sebelah Methodist Girl School Melaka)
2) Waktu Operasi: setiap hari 8.00am -11am.....tetapi
kalau bulan ramadhan, dibuka malam dari jam 8.00 malam - 11.00 malam.

Sumber: storymoryk.blogspot.com ; terima kasih :-)