Kereta Lembu @ Melaka

Catatan Perjalanan : Kereta Lembu @ Ayer Keroh Melaka

Berjalan dan bercuti di Melaka memang tidak akan dapat memenuhi  
semua tempat kerana terlalu banyak lokasi perlancongan yang 
ditawarkan. Puluhan muzium dan juga kawasan rekreasi yang 
terdapat menjadikan negeri ini destinasi padat untuk percutian, 
antaranya dengan merasai pengalaman menaiki kereta lembu. 
Satu lagi ikon kebudayaan bagi negeri ini yang tidak terdapat 
di mana-mana negeri lain. Kereta lembu pernah menjadi salah
satu kenderaan utama suatu masa dahulu.

Saya memetik sejarah kereta lembu ini dari laman web wikipedia
 yang menarik untuk dikongsikan bersama anda:

Ciri-ciri kereta lembu di Melaka berbanding di negeri lain adalah 
bentuk bumbungnya seakan-akan bertanduk dan berwarna warni 
di mana kereta lembu yang diperbuat dari kayu mempunyai dua 
roda besar dan disangkut kepada dua ekor lembu dengan gandar kayu. 


Mushi Abdullah dalam hikayatnya ada menceritakan bahawa selain 
kereta lembu, kereta kerbau atau pedati kerbau juga digunakan 
oleh pedagang untuk menarik barangan dagangan khasnya 
di kalangan pendangan Cina sehingga abad ke 20. 

Beliau juga ada menerangkan kegunaan lain kereta lembu ini seperti 
petikan:



" Maka dengan seketika itu juga diberinya perintah menyuruh bawa mayat 
itu, lalu dimasukan ke dalam pedati kerbau, maka di suruhnya canangkan 
berkeliling negeri..."




Pada asalnya sebelum wujudnya kereta-kereta beroda di kalangan 
masyarakat petani di kampung-kampung, mereka telah tahu 
menggunakan sejenis sistem pengangkutan yang dipanggil bentang.

Kereta bentang ini tiada beroda dan ditarik oleh binatang seperti lembu 
dan kerbau. 




Pengunaan sistem pengangkutan ini bertujuan untuk faedah diri sediri 
seperti menarik padi, kayu api dan barang lain yang berat-berat.

Kenderaan ini biasanya dapat dilihat di sawah padi dan dusun 
terutama dalam tahun-tahun 1880 an.




Sekarang kereta kerbau dan lembu sudah tidak digunakan lagi 
selain sekadar bahan tontotan dan tarikan pelancongan semata. 

Untuk anda mengalami sendiri pengalaman unik menaiki kereta lembu, 
jika anda ke Melaka anda perlu pergi ke Ayer Keroh bersebelahan 
dengan MacDonald dan Muzium Orang Asli atau Taman Botani Ayer Keroh.

Terdapat lebih dari lima unit kereta lembu semasa kunjungan saya ke sana. 
Saya difahamkan caj menaiki kereta lembu ini adalah RM 20 bagi satu 
perjalanan sekitar 10 minit yang boleh memuatkan 4-6 orang penumpang. 

Jika satu keluarga mempunyai 5 orang penumpang, kosnya jatuh sekitar 
RM 4 sahaja. Jika seorang sahaja, maka RM 20 kos seorang. Ini apa 
yang saya dimaklumkan dan mungkin berbeza jika anda sampai di sana. 







No comments:

Post a Comment