Mee Goreng Hassan aka Mee Bodoh @ Tengkera Melaka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..


Ha..korang nampak tak tittle tu?..3 jenis panggil untuk sejenis mee nie. 
Kedai mee nie amatlah popular untuk sarapan pagi. Asal pergi jer mmg 
sentiasa penuh dengan orang ramai, pastu nak makan mesti kena tunggu
 meja kosong. Kalau hari minggu jangan cakap la jumlah orang ramai 
yang datang tu, bukan org melaka jer tau, pelancong pun ada jugak.

Ni adalah selengkap mee tu, cuba korang perhatikan rupanya bebetul
..teramat la simple..apa yang nampak hanya la mee kuning, taugeh, 
sambal dan timun. Dari segi rasa pulak, ikut pada lidah aku la..hehehe
..tawar jer. Mugkin sebab tu la nama dia mee bodoh kot..perasa ikut 
korg sendiri..klu suka macam tambah jer cuka kalau suka lemak masin
 tarok jer kicap atas meja tu, klu nak pedas gaulkan semua mee tu 
dengan sambal yg ada atas mee tu. Semua perasa nie ada tas meja memasing yer.
 
Selain tu, mee tu tak lengkap kalau korang makan macam tu jer, ada 
jugak set pelengkap nyer.. Iaitu telur mata. Telur mata nie pulak sama
jugak di datangkan dengan timun dan sambal. Tapi nie kita boleh letak
sendiri. Kalau tak nak sambal pun terpulang pada kita. aku tengok setiap
telur mata tu di goreng dengan minyak sambal. Sebab tu warna dia 
merah2, dan di goreng setakat beku luar jer dan kuning nyer masing 
meleleh..hehehehe..ni aku suka..

Tapi nak dapatkan telur tu kita kena beratur sendiri. Nampak tak 
barisan belakang suami tu..tu semua dok beratur tunggu telur goreng la. 
Telur bukan siap2 goreng..Dia akan goreng depan kita,..bila dah siap
 terus masuk piring dan di hulurkan kat kita. Depan tu jugak ada 
timun dgn sambal tadi umtuk di tambah.
 Ops!..minah saleh pun ada wei..dia ngah beratur ambik telur..
layan jugak tekak dia makan pedas nie, sebab aku tengok dia 
siap ambik telor dengan sambal lagi.
 Ini baru di katakan kedai makan 1 malaysia, sebab pelbagai 
bangsa ada. Memang famous la kedai nie dan mee dia tu dapat 
di terima oleh semua org termasuk pelancaong asing. Harga 
sepinggan RM1.50, pastu telor pulak sebijik RM0.80. 
Apa tak boleh nyerkan?..kekadang ada jugak gula2 percuma untuk kanak.
 Ini pulak set Iris, bila kita mintak kosong macam nie la 
rupanyer..takde sambal dan timun. Tapi pedas tetap dia 
terasa jugak. Banyak kali dia mintak minum air.

 Kedai makan nie terletak di jalan tengkera, kalau lalu waktu 
pagi ada kereta banyak kiri kanan tu..tu la dia kedai nyer. 
Rupa kedai teramat la simple.

Nota Ringkas

1) GPS coordinate: 2.2035461,102.2339757 
(Landmark: Jalan Tengkera,sebelah Methodist Girl School Melaka)
2) Waktu Operasi: setiap hari 8.00am -11am.....tetapi
kalau bulan ramadhan, dibuka malam dari jam 8.00 malam - 11.00 malam.

Sumber: storymoryk.blogspot.com ; terima kasih :-)