Sky Tower and Sky Deli @The Shore

Kini, terdapat satu tarikan baharu yang wajib dilawati sekiranya pengunjung bertandang ke nege­ri ini iaitu The Shore Sky Tower yang menjanjikan satu pengalaman mena­rik dan bagi mereka yang berani dan sukakan cabaran.
Terletak di tengah-tengah ban­­­­dar raya Melaka ia pastinya men­janjikan kelainan dan kepuasan maksimum kepada para pelancong dengan menikmati suasana serta pemandangan yang indah dan mengagumkan dari struktur yang berada tingkat 43.
The Shore Sky Tower juga mem­beri peluang kepada para pen­gun­jung di situ melihat pe­man­dangan 360 darjah meliputi seluruh negeri Melaka termasuk Selat Melaka dari puncak bangunan itu.
Pemandangan itu merangkumi Selat Melaka yang sangat, kawasan penambakan laut, Masjid Al-Azim, Bukit Cina, Bukit Baharu, Teng­ke­ra serta kawasan-kawasan pelan­congan di Banda Hilir dan sekitarnya dari ketinggian 153 meter.
Jika sebelum ini, orang ramai hanya melihat di kaca televisyen orang berdiri di atas kaca telus di tempat tinggi yang menguji keberanian seseorang.
Mereka yang mempunyai rasa gugup atau gayat pada ketinggian, boleh mencabar diri dengan memijak di atas kaca telus iaitu ‘observatory deck’ yang terletak sejauh hampir 3 meter kaki di ruang khas pada ketinggian 163 meter dari paras laut.
Berdiri pada dek pemerhati yang hanya berlantai dan berdindingkan kaca telus yang membuatkan se­se­orang yang berdiri di atasnya berasa seperti berada di awang-awangan.



Platform yang mampu me­nam­pung sehingga lima orang satu-satu masa itu dijamin selamat oleh pihak keselamatan dan pihak The Shore itu bagi tujuan keselamatan dan ke­se­lesaan para pengunjung.
Untuk berada pada dek pemerhati itu, pengunjung perlu menaiki lif hingga ke tingkat 41 dan kemudian ke lif kedua ke tingkat 42 selain ber­peluang melalui jalan seakan jam­batan kecil yang kelihatan terapung di udara.
Di laluan itu juga pengunjung dapat melihat kumpulan ikan koi yang berenang menerusi kolam ber­lantaikan kaca yang terdapat pada tingkat paling atas.
Ketua Pegawai Eksekutif The Sho­re, Chew Chert Fong berkata, pihaknya menerima sambutan yang sangat memberangsangkan sejak ianya dibuka kepada orang awam.
Katanya, pada hari hujung ming­gu jumlah pelancong yang datang ke Sky Tower mencecah 1,000 orang sehari selain pihaknya tidak mengehadkan masa untuk pengunjung berada di tingkat atas itu.
“Ia pasti menjanjikan satu penga­laman baharu kepada pengunjung yang datang untuk melihat pe­man­dangan 360 darjah sekitar Bandar Melaka dari dek tersebut.
“Dari lantai gelas itu para pe­ngun­jung dapat melihat bot-bot dan kenderaan melalui di bawah­nya dengan jumlah pengunjung dihad­kan pada satu-satu masa seramai lima orang walaupun had sebenar lebih daripada itu,” katanya
Chert Fong berkata, selain itu, pihak The Shore juga turut menyediakan enam buah teleskop untuk kegunaan para pengunjung untuk meninjau dengan lebih dekat kawasan yang ingin mereka lihat.
Katanya, harga yang dikenakan ke­pada pengunjung juga sangat berpatutan iaitu RM18 bagi dewasa dan RM12 bagi kanak-kanak dan kadar itu juga sama untuk war­ga­negara serta pelancong asing.
“Selain itu juga kita sudah mem­buka ‘The Sky Deli’ iaitu sebuah res­­toran di tingkat 42 dan juga ‘Sky Bar’ di tingkat 43 untuk memberi tarikan baharu kepada orang ramai menikmati pemandangan sambil bersantai.
“Dengan adanya produk pelan­cong­an seperti ini, kami percaya ia mampu menarik lebih ramai pe­lancong ke negeri ini sekali gus menjadi tarikan utama apabila ke Melaka,” katanya.
Petikan dari utusan...panjang kan..meh sy ringkas kan..refer photo2 ea

info ringkas

harga ticket :rm 18 dewasa rm 12 (3 ke 12 tahun)

tambahan rm 45 (untuk photo di observatory deck )..tokleh nak selfie secara ada pak guard abam mata2 aduhyai...



tambahan rm 5 muntuk makanan ikan hehe..boleh feed ikan makan kat atas sky tower tu nanti.

operating hour :1030 hrs  - 2200 hrs


Cara menuju ke sana (firstly waze "the shore sky tower " )

boleh makan juga di sky deli =)

credit to skytower the shore facebook =)