Bustel Klebang Melaka

MENGINAP DI BUSTEL KLEBANG MELAKA

Kalau korang tercari-cari idea unik dan menarik untuk bawa anak-anak bercuti di hujung
tahun ini, apa kata ke Melaka Bandaraya Bersejarah? Cuba try test BUSTEL di 
Dataran 1 Malaysia, Klebang. Pasti tertarik-menarik-kau pasti da bom!

Kalau ke Dataran 1 Malaysia Klebang pasti akan nampak Bustel ini..


Apakah itu BUSTEL?
BUSTEL adalah hotel yang dihasilkan daripada bas-bas terpakai dari negeri Melaka
ni. Bas sudah diubahsuai dengan cantik. Ada katil dan bilik air sama seperti hotel
biasa. Cuma bezanya ianya adalah bas sebenar!


Sebahagian deretan bas mini terpakai yang diubahsuai menjadi hotel penginapan
Lokasi?
Bustel terletak di Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang Melaka. Ia adalah pantai tambak 
yang dihasilkan oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan lagi kemajuan pelancongan 
di negeri Melaka.

Harga sewaan?
Hari biasa (work days) = RM80/night.
Hujung minggu dan cuti umum = RM120/night.
Sebiji bas memuatkan 2 buah bilik. So kalau korang nak sewa sebuah bas sekaligus, darab 2 jer..

Saya diberitahu oleh Pengurus Bustel bahawa dalam 1 bilik hanya dibenarkan 2 oang 
dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Ketika saya di sana, saya tidak berkesempatan 
untuk menginap di Bustel sebab dah fully booked. Katanya, bustel memang
selalu fully-booked, terutamanya di hujung minggu dan cuti umum. Katanya 
pada hujung minggu, jumlah pengunjung boleh melebihi 10,000 orang! 
So kalau korang nak merasa tidur dalam bas, kenalah book awal-awal, ok!

 Reception Office - di sinilah kami bertanya itu-ini-begitu-begini dengan Pengurus Bustel

Berhampiran dengan Bustel ada Bus Cafe, iaitu gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai 
makanan 'street food'. So, pengunjung memang takkan bosan di sini. Boleh piknik di
 tepi pantai klebang yang pasir tambaknya masih putih mulus sambil menikmati
 cendol atau coconut shake. Kalau tak nak piknik di pantai, boleh juga makan
 dalam bas itu sendiri. Ada disediakan meja makan sebiji macam dalam kedai makan tu.


Cocounut shake di sini memang yummy!

Ada banyak pilihan makanan untuk semua pengunjung
Di sini disediakan kemudahan bilik air yang juga dibuat daripada bas terpakai. Kos 
sekali masuk ialah 30sen/seorang. 
 Tandas yang bersih; depan untuk lelaki dan belakang untuk perempuan
Di Dataran 1 Malaysia Klebang ini juga ada beberapa aktiviti menarik yang boleh 
dilakukan bersama anak-anak seperti main layang-layang. Ada banyak bus shop yang
 jual layang-layang pelbagai design. So anak-anak takkan boring. Ataupon main ATV 
yang boleh di sewa di sana.

 Lepak-lepak minum cendol sambil menikmati udara Selat Melaka yang nyaman..

So, apa kata ke Melaka bawa anak-anak di hujung minggu atau cuti sekolah nanti. 
Memang seronok. Selain daripada Pantai Klebang ni, ada banyak lagi tempat menarik. 

Sumber info dari : http://cutifamili.blogspot.com/2014 , terima kasih :-)

No comments:

Post a Comment