Ikan Bakar Malim @ Berdekatan MITC

PASTI TINGGAL TULANG


Restoran ini agak terkenal juga. Restoran utama di Cheng. Tetapi kami ke cawangannya berhampiran dengan UTEM dan MITC.
Kalau ke Melaka jangan lupa singgah di restoran ini. Kalau ke umbai bukan sahaja ikan bakarnya agak mahal tetapi jauh dan petrol melayang. Cuba singgah di sini. Kalian akan teruja dengan harga makanan yang ditawarkan! Terdapat pelbagai lauk pauk...andai pasti terliur hehehe.

Suasana di dalam restoran pula amat kondusif. Selesa dan interior yang tidak terlalu padat. Layar besar tv pula tersedia. Sebelah malam juga ada terjual pelbagai jenis tebaran roti termasuk roti canai dan murtabak. Terdapat juga hidangan makan malam buffet seperti makan tengahari. Selain ala carte seperti kebiasannya.
Habis ikan kena ratah! Menepati tagline yang terdapat di papan tanda restoran ini;PASTI TINGGAL TULANG!
Restoran Ikan Bakar Malim
No 2 & 4, Jalan TU 40
Taman Tasek Utama
75460 Ayer Keroh, Melaka.
Tel: 06-2324234
Sumber : http://www.bluehikari.com , terima kasih :-)

No comments:

Post a Comment