Pak Putra Naan Kota Laksamana.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.


Anda semua pernah makan naan tak? tak tahu naan tu apa? alamak ai nak oi, kau duduk mano ni? heee. gurau sahaja. ok naan ialah roti yang macam pizza tu, yang tebal tu, yang masak dalam belanga tu. (menurut fahaman KAMI bukan wikipedia) heee.

Entri kali ini KAMI nak kongsikan dengan anda semua, restoran naan yang terkenal di melaka. bukan terkenal sebab pernah masuk buletin utama ke apa, tapi terkenal dengan naan dan ayam tandoorinya yang tersangatlah superb!


Ok, itu dia papan tanda kedai tersebut. RESTORAN PAK PUTRA NAAN DAN AYAM TANDOORI, terletak di taman kota laksamana, melaka. ok bagi siapa yang selalu pergi melaka, mesti tahu yang kota laksamana ni memang port baik untuk makan asam pedas. tetapi, ada satu je kedai naan yang terletak di tengah-tengah kawasan ini, dan itulah dia kedainya.Kalau tak silap, hari Isnin kedai ni tutup ye kawan2; harap maklum , nanti gigit jari pulak:-)

pak putra ini menyediakan berbagai jenis naan, dan ayam tandoori. KAMI kalau pergi sini mesti makan sekali dengan ayam tandoori dia. kenapa mesti sekali? sebab kalau makan naan je macam tak lengkap pula rasanya. heee. jadi memang sangat sesuailah naan itu dibalaskan dengan ayam tandoori.

Kita mulakan dengan naan. cheese naan yang KAMI order tersangatlah lembut. KAMI pun tak tahu dia pakai tepung apa, tapi memang sangat lembut. semua naan mereka memang lembut dan boleh dimakan oleh semua lapisan umur.


Ada macam-macam jenis naan, KAMI pun tak sempat nak snap gambar menunya. tapi cheese naan yang KAMI order tu memang terbaik. mana taknya, triple cheese naan. memang super duper meleleh cheese dia. heee. ok jom kita layan dulu gambar cheese naan yang awesome.



Nampak tak cheese dia yang mencair ibarat pizza tu? heee. memang terbaik. tambahan pula kita makan dengan ayam tandoori. ok ayam tandoori dia tersangatlah lembut juga. KAMI tak tahu kenapa kedai ni semuanya lembut. nasib baik sudu tu keras, kalau tak nanya je KAMI balun sekali sudu tu.


Ayam tandoori didatangkan khas dengan sos apa ntah, KAMI pun tak pasti. cuba anda perah limau atas ayam tu, cecah dengan sos hijau tu, lepas tu balut dalam naan, lepas tu masuk dalam mulut, peeerrrgghhhh!!! mesti anda akan rasakan nikmatnya, heee. Extra infomasi untuk kawan2, selalu nya ayam tandoori ni akan habis before jam 10mlm, after jam 10mlm...biasa nya udah habishhh :-(

Cukuplah KAMI buat anda semua terliur. heee. kalau nak cuba, datanglah ke melaka ye. untuk info tambahan, kedai pak putra ni terletak betul-betul sebaris dengan 7 eleven taman kota laksamana. jadi mungkin lebih mudah untuk anda mencarinya.

Selamat mencuba semua. (dah boleh sapu air liur yang meleleh tu, heee.)

yang sedap KAMI pasti akan kongsikan dengan anda semua.

Untuk menginap, jemput lah ke Homestay saya : homestayayerkerohpermai.blogspot.com

Sumber: http://www.kamihidup.com ; terima kasih kepada admin kami hidup :-)

No comments:

Post a Comment