Nasi Beriani Gam Lot 85

Assalamualaikum.....

Dah lama sebenarnya kita dan hubby tak makan di kedai nie. Memang x dinafikan, kualiti beriyani gam dia masih kekal sejak puluhan tahun yang lalu. Maaflah, kami rasa beriyani gam disini jauh lebih sedap daripada yang femes di Batu Pahat punya food court seberang hospital sebelum jambatan tu. 

Masa ke sini Sabtu yang lepas-lepas, kami tiba lebih kurang pukul 11.00 pagi. Since belum breakfast, kami brunch terus. Lokasi kedai nie sederet dengan Maktab Perempuan di Jalan Durian Daun, Melaka. Selain daripada Nasi Beriyani, of course ada nasi putih dan lauk2 kampung seperti biasa. Tapi masa kami sampai, lauk pauk belum dikeluarkan habis lagi. Baru sikit-sikit jer. Geram tengok sayur2 yang fresh tu. Tapi godaan nasi beriyani tu lebih kuat lagi...



Anyway, let's see the pictures...



Signage kedai


Menu sarapan pagi masih ada...

Lauk-lauk untuk lunch yang baru mula dihidang.

Lagi lauk pauk yang fresh...

Hidangan untuk kami. Nasi beriyani sorang satu set dan ikan pari asam pedas.

Ikan pari asam pedas. Oklah, cuma ada asam pedas yang lebih sedap lagi.

Set untuk Adam. Nasi beriyani, ayam masak merah

Set hubby. Nasi Beriyani, Ayam Kurma

Set kita, Nasi Beriyani Ayam Rempah.

Kuah dalca yang sedap, pekat dan secukup rasa.

Teh O Ais Limau kita..

Bapak dengan anak minum sirap bandung..

Star menu memang Nasi Beriyani dia. Even, kalau makan nasi jer pun kita dah cukup puas hati. Lembut, lemak, gebu, rempah yang secukup rasa. Kuah dalca dia pulak, memang pekatlah. Tak macam kebanyakan kedai yang kuahnya cair bair jer tu...

Tak lama lepas kami duduk, datang beberapa kumpulan anggota polis. Rupa2nya mereka dah tempah satu seksyen utk lunch. Ada jamuanlah kot. Public pun dah mula ramai kat situ. Cuma asam pedas tu kurang power.... Lagipun datang situ bukan untuk asam pedas, kan..

Komen2 dari Foursquare berkaitan Lot 85 ni.





Lokasi:

Restoran Lot 85
Malaysian Restaurant and Asian Restaurant
85, Jalan Puteri Hang Li Poh75400 MalaccaMelaka, Malaysia.

Gps coordinate: 2.208199,102.260753

Sumber : http://therainbowjourney.blogspot.com ; terima kasih :-)

1 comment:

  1. kau biar betul nk compare dgn beriani mat shah batu pahat???
    aku rasa selera rasa kau nie ada masalah la. tak pun spesis lidah pendek agaknya
    kedai nie dgn beriani mat shah ibarat langit dgn bumi ngok. jauh beribu2 kilometer sedapnya beriani mat shah compare dgn kedai nie

    ReplyDelete